Seni & Sukan 06 Apr, 2021

Berita Terkini| Rentas negeri, tak patuhi SOP! Neelofa, suami beri keterangan di IPD Dang Wangi

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

PASANGAN Neelofa dan Haris hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan selepas didakwa merentas negeri ke Langkawi, baru-baru ini.


SELEBRITI popular yang juga usahawan, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail (PU Riz) telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan pada 5 April 2021.

Pasangan pengantin baharu itu tiba sekitar jam 6 petang berhubung isu dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu majlis pernikahan mereka serta kes merentas negeri ke Pulau Langkawi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata rakaman percakapan terhadap kedua-duanya berlangsung kira-kira sejam. 

"Mereka berdua dibenarkan pulang sebaik Pegawai Penyiasat (IO) berpuas hati dengan keterangan diberi.

"Pasangan berkenaan hadir bagi membantu siasatan dua kes. Pertama, dakwaan mereka menyalahgunakan borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat untuk merentas negeri bagi tujuan berbulan madu di Pulau Langkawi.

“Kes kedua berhubung majlis pernikahan mereka di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021 lalu yang didakwa tidak mematuhi SOP," katanya yang dipetik dari Kosmo Online, 6 April 2021.

Katanya lagi, polis juga akan memanggil beberapa orang lagi saksi untuk diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan. - KitaReporters


Kredit foto: Kosmo Online

1
0
0
0
0
You will be interested