Seni & Sukan 02 Apr, 2021

Berita Terkini| Tiada permit sah! 1,600kg makanan kucing dibawa masuk ke Malaysia ditahan Maqis

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Antara makanan kucing yang ditahan oleh Maqis pada 31 Mac 2021 kerana ketiadaan permit yang sah. - Kredit foto: Ihsan Maqis.


JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menahan 1,600 kilogram makanan kucing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada 31 Mac 2021 kerana tidak punyai permit yang sah.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind berkata ia susulan hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori membawa makanan haiwan berkenaan yang ditahan pihaknya jam 4.45 petang pada hari kejadian.

“Hasil dari pemeriksaan dilakukan, didapati sebanyak 200 kotak makanan haiwan dengan nilai dianggarkan RM8,641 cuba dibawa masuk ke Malaysia untuk pasaran tempatan.

“Kesemua barangan dirampas untuk tindakan lanjut kerana tiada sebarang dokumen dan permit import sah daripada pihak Maqis,” katanya menerusi satu kenyataan pada 2 April 2021, sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian Online.

Katanya lagi, perbuatan mengimport tanpa suatu permit dikeluarkan Maqis adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan dan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested