Seni & Sukan 17 May, 2021

Berita Terkini| Timbunan biskut raya tepi jalan! Yayasan Pendidikan Malaysia nafi ada kaitan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar timbunan biskut raya dibuang di tepi jalan yang tular dalam media sosial setelah dimuat naik dalam Facebook oleh seorang penunggang basikal. 


YAYASAN Pendidikan Malaysia (YPM) menafikan dakwaan mempunyai kaitan berhubung isu timbunan biskut raya yang dibuang di laluan Kampung Baharu Dengkil, Selangor hingga tular dalam media sosial.

Menerusi satu kenyataan dalam akaun rasmi Facebook YPM bertarikh 17 Mei 2021, YPM memaklumkan kerjasama dengan pihak Hotel Tenera dan Pertubuhan Orked Penyayang telah pun berakhir pada Ogos 2020.

"YPM menafikan dakwaan individu atau pertubuhan yang menyatakan YPM terlibat berikutan kami hanya bertindak sebagai rakan kerjasama dalam mempromosikan jenama biskut tersebut.

"Bagi urusan penghantaran dan penyimpanan stok ia dilakukan pihak produksi biskut sendiri. YPM tidak menyimpan apa-apa stok dalam simpanan, tindakan tersebut adalah di luar pengetahuan Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta pengurusan YPM.

"YPM menafikan sekeras-kerasnya punyai kaitan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang membuang bekas biskut di tepi jalan. Seharusnya, ia dilupuskan di tempat sepatutnya," kata YPM.

Tambah kenyataan itu lagi, penggunaan logo dan kepala surat rasmi YPM  tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan tindakan sedemikian boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil.

YPM membuat keputusan untuk mengenakan tindakan tegas kepada individu yang telah menyalahi etika serta meminta pihak yang bertanggungjawab menjelaskan kepada umum mengenai masalah itu.

Sementara itu, untuk info tular dalam laman sosial  gambar biskut raya yang dibuang di tepi jalan setelah seorang penunggang basikal yang menemui timbunan berkenaan meluahkan kekecewaan dalam Facebook hingga menarik perhatian warganet.

Malah, pada penutup bekas biskut tersebut turut tertera logo YPM dan beberapa agensi lain hingga menimbulkan salah faham serta kecaman daripada nitizen kerana dianggap membazir. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
1
1
0
0
You will be interested