Seni & Sukan 25 Jan, 2022

Keluarga Malaysia: Timbang geran khusus! Untuk usahawan PKMS, peniaga informal terjejas banjir!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this


Gambar hiasan… Banjir yang berlaku baru-baru ini menjejaskan banyak pihak termasuk usahawan dan peniaga. - Kredit foto: Gambar tular


ATAS dasar keprihatinan bagi memenuhi aspirasi konsep Keluarga Malaysia, kerajaan mempertimbangkan geran khusus bagi membantu meringankan beban ditanggung oleh usahawan mikro dan peniaga informal yang terjejas akibat bencana banjir melanda baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada 24 Januari 2022 lalu memaklumkan inisiatif berkenaan akan diumumkan selepas ia diperhalusi serta dimuktamadkan nanti.


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usahawan


Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC).


“Bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat banjir, kerajaan telah perkenalkan pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia berjumlah RM1.4 bilion yang merangkumi bantuan tunai, pembaikan rumah dan fasiliti awam.

“Sebagai tindakan seterusnya, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang saya pengerusikan hari ini (24 Januari 2022) telah membincangkan secara terperinci mengenai impak banjir ke atas Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) termasuk peniaga informal

Mesyuarat bersetuju untuk pertimbangkan bantuan berbentuk geran khusus bagi meringankan beban ditanggung usahawan mikro dan informal terlibat selain bantuan kewangan disediakan agensi-agensi kerajaan.

“Kementerian Kewangan (MOF) akan adakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), kementerian dan agensi berkaitan serta Dewan-Dewan Perniagaan bagi perhalusi cadangan-cadangan telah dibentangkan untuk pertimbangan Kerajaan,” katanya dalam kenyataan media tersebut.


Gambar hiasan... Kerajaan bersetuju untuk pertimbangkan bantuan berbentuk geran khusus bagi meringankan beban ditanggung usahawan mikro dan informal. - Kredit foto: Bernama


Tambah beliau, menerusi mesyuarat EAC itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Bersekutu Malaysia (MACCI) serta (MEDAC) telah berkongsi impak akibat banjir.

“Mereka turut mencadangkan beberapa tindakan bagi membolehkan PMKS bangkit semula.

“Mesyuarat turut mendengar keluhan daripada dua orang usahawan PMKS dari Taman Sri Muda, Shah Alam dan Taman Sri Nanding, Hulu Langat yang terjejas teruk bagi mendapatkan gambaran sebenar kerugian, kesan dan masalah yang mereka hadapi.

“Lawatan susulan ke lokasi dikenal pasti akan diadakan bagi memastikan program bantuan banjir PMKS sampai ke kumpulan sasaran. Insya-Allah, saya akan mengumumkan inisiatif ini setelah diperhalusi dan dimuktamadkan,” ujarnya. - KitaReporters


Kredit foto: Melaka Hari Ini

14
11
0
10
0
You will be interested