Kilang pemprosesan ayam di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah,
Melaka diarah menghentikan operasi selama 14 hari sehingga 4 Jun 2021 susulan 175
pekerjanya didapati positif Covid-19.
Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka, Datuk Rahmad
Mariman berkata majoriti kumpulan pekerja terlibat adalah pekerja asing dan
ujian calitan masih diteruskan terhadap baki kira-kira 600 pekerja lagi bagi kenal pasti
tahap kesihatan masing-masing.
“Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah arahkan kilang
pemprosesan ayam tersebut ditutup sementara waktu. Penelitian sedang dibuat
mengenai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang bakal
dijadikan tempat kuarantin pekerja terlibat.
“Kerajaan negeri juga berbincang dengan pihak pengurusan
syarikat itu kemungkinan untuk pindahkan pekerja terbabit ke rumah pangsa milik
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka berdekatan
kawasan perindustrian.
“Asrama pekerja asing sedia ada di rumah kedai berhampiran kilang tidak sesuai dijadikan penginapan pekerja yang terlalu ramai, katanya dipetik oleh Harian Metro, 23 Mei 2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter