Seni & Sukan 14 Jun, 2021

Berita Terkini| Suntikan vaksin buat media! 700 daripada 5,000 petugas media dapat janji temu!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Antara pengamal media yang telah terima suntikan dos pertama vaksin di Dewan Seri Seroja, Kuala Lumpur pada 9 Jun 2021. - Kredit foto: Bernama


SERAMAI 700 petugas media di seluruh negara telah diberikan janji temu untuk dos pertama bagi menerima suntikan vaksinasi Covid-19 setakat 14 Jun 2021.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, jumlah itu sebahagian daripada kira-kira 5,000 nama pengamal media yang disenaraikan.

“Lebih banyak janji temu dos pertama untuk media dikeluarkan minggu ini. Setakat hari ini (14 Jun 2021), lebih 250 pengamal media di beberapa negeri telah pun menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 sejak dilaksanakan 9 Jun baru baru ini.

“Buat masa ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam proses berikan janji temu kepada petugas media yang akan bertugas membuat liputan bagi Sukan Olimpik Tokyo, hujung Julai 2021 nanti,” katanya dalam sidang akhbar mingguan CITF, di Putrajaya pada 14 Jun 2021.

Tambah beliau, CITF perlu mengimbangi keperluan vaksinasi buat rakan-rakan media dengan keperluan imunisasi untuk warga emas, orang kurang upaya  dan golongan komorbid yang turut diutamakan dalam Fasa 2 PICK. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested