Seni & Sukan 24 Mar, 2021

Video| Hadiah istimewa hari perkahwinan! 4 sahabat kenakan pengantin baharu! Hadiahkan tong gas

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MAJLIS perkahwinan merupakan satu keraian di mana ramai ahli keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk meraikan pasangan pengantin untuk menyatukan hati dan jiiwa, dan ia juga merupakan majlis di mana semua yang hadir menunjukkan kegembiraan serta memberikan restu kepada pasangan pengantin di hari istimewa mereka itu.

Sebagai simbol meraikan hari bahagia pasangan mempelai, memberi hadiah perkahwinan juga sudah menjadi adat dalam kalangan masyarakat kita.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Video| Kambing jadi hadiah istimewa untuk perkahwinan rakan karib! Lambang persahabatan akrab


Terbaharu tular kisah sekumpulan empat sahabat yang pening memikirkan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada sahabat karibnya yang melangsungkan perkahwinan.

Mereka kemudian bersepakat menghadiahkan ‘barangan’ luar biasa dan jarang diberikan sebagai hadiah perkahwinan. Cuba teka apa hadiah berkenaan?

Rupanya mereka berempat membeli sebuah tong gas yang kosong untuk dijadikan hadiah istimewa.

Wah bagus idea empat bujang ni, idea yang bijak lagipun hadiah berkenaan sangat berguna kepada pengantin yang mahu memulakan kehidupan berumah tangga.

Perkongsian lucu itu dimuat naik oleh pengguna media sosial Amirul Yaacob menerusi aplikasi TikToknya dan telah disaksikan lebih 1.9 juta kali.

Ideanya mereka sangat rare! Yelah tak kan nak bagi pinggan mangkuk dan barangan elektrik semuanya sudah biasa.




Sangat melucukan dan bagi mengelak mereka diketahui memberikan tong gas, empat sabahat ini meletak tong kosong seberat 14 kilogram itu ke dalam kotak panjang sebelum diserahkan kepada pasangan pengantin baharu.

Malah ketika membawa pada hari bahagia rakannya, mereka terpaksa mengusung kotak hadiah berkenaan.

Lebih mengujakan mereka berempat sempat merakam gambar kenangan bersama pengantin dan juga hadiah istimewa berkenaan.

Mesti pengantin terkejut kan dapat hadiah tong gas!

Walaupun nampak lucu, hakikatnya pemberian hadiah itu sangat berguna.

Semoga idea bernas itu boleh dijadikan contoh kepada anak muda lain untuk dijadikan gas sebagai hadiah perkahwinan .

Dah bosan dengan hadiah-hadiah biasa seperti peralatan elektrik dan perkakas dapur apa kata kita cuba dengan idea rare ini.

Mesti pengantin baharu teruja apabila membuka kotak hadiah nanti!. - KitaReporters



11
1
2
1
0
You will be interested