Kisah Insan 10 Mar, 2021

Video| Kambing jadi hadiah istimewa untuk perkahwinan rakan karib! Lambang persahabatan akrab

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Sepasang pengantin baharu bersama kambing yang diberi nama Duras yang berupa hadiah daripada seorang rakan karib sempena majlis meraikan perkahwinan mereka di sebuah kampung di Kelantan. - Kredit foto-foto: TikTok @sheepy_farm.


BIASANYA barangan hadiah pasangan raja sehari merupakan sesuatu yang indah dan cantik. Pemberian itu merupakan ingatan kenangan untuk pasangan pengantin mahupun pihak memberi, lebih-lebih lagi jika hubungan antara mereka merupakan sebagai rakan karib yang intim.

Namun berlainan sekali bagi pasangan pengantin baharu yang meraikan perkahwinan mereka di sebuah kampung di Kelantan pada 28 Februari 2021 lalu kerana dihadiahkan seekor kambing oleh salah seorang kawan rapat pasangan sempena majlis tersebut dan boleh disifatkan lain daripada yang lain serta dianggap luar biasa.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan



Kambing yang diberi nama Duras itu merupakan hadiah perkahwinan pasangan itu oleh tauke Sheepy Farm yang mengendalikan ladang ternakan kambing di Melor, Kelantan.

Malahan bebiri yang dihadiahkan itu merupakan antara ternakan kesayangan di ladang berkenaan.

Rakaman video mengenai pemberian hadiah perkahwinan itu dipaparkan melalui akaun aplikasi TikTok yang menamakan dirinya @sheepy_farm dan tular dalam media sosial.

Pengurus ladang yang menyumbang hadiah perkahwinan rakan karibnya itu merupakan salah seorang yang berjaya dalam kerjayanya sebagai penternak ladang kambing hasil usaha gigihnya sebelum ini.


Tauke ternakan Sheepy Farm di Melor, Kelantan menghadiah seekor kambing kesayangan di ladangnya kepada pasangan pengantin baharu yang merupakan rakan karib beliau.



Melalui video tersebut, pasangan pengantin yang meraikan majlis perkahwinan mereka sedang menunggu para jemputan agak terkejut ketibaan rakannya itu yang menaiki pacuan empat roda membawa seekor kambing.

Bagaimanapun sebagai rakan karib pengantin lelaki yang melihat pengurus ladang kambing itu sampai di pekarangan rumahnya dengan membawa hadiah kambing terus menemuinya.

Selepas bebiri yang siap dipasang reben pada kepala dan bahagian badan disertakan dengan talinya sekali menerimanya selepas diturunkan daripada kereta.

Satu suasana yang melucukan dan disertai gelak ketawa antara pasangan pengantin dan rakannya itu terjadi semasa penyerahan dilakukan di hadapan tetamu dan ahli keluarga pasangan pengantin.


Penyerahan hadiah perkahwinan seekor kambing daripada seorang tauke ternakan kambing kepada sahabat karinya bergelar raja sehari berlangsung dalam suasana lucu dan gelak ketawa.



Selain itu kelihatan beberapa orang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar sebagai tanda kenangan untuk pasangan pengantin dan rakan karibnya itu.

Melalui video tersebut sahabat yang memberikan hadiah perkahwinan itu sempat menitipkan catatan ringkasnya, "Akhirnya kahwin juga sahabatku".  Selain itu beliau juga mengucapkan selamat pengantin baharu semoga berkekalan hingga ke Jannah. 

Pelbagai rencah kehidupan manusia dalam meraikan seseorang sahabat rapat yang berjaya menjejakkan kaki ke alam perkahwinan merupakan suatu dunia baharu bagi pasangan berkenaan.

Namun sebagai rakan karib tentulah berusaha mencari kelainan bagi meraikan majlis perkahwinan  seorang sahabat yang lebih disifatkan pada kebiasannya hanya sekali seumur hidup antaranya dengan menghadiahkan kambing kesayangan di ladang ternakan diusahakannya. - KitaReporters 


Pasangan pengantin baharu bergambar bersama rakan karibnya merupakan seorang pengurus ladang ternakan kambing di Sheepy Farm, dan isterinya.


Seekor kambing sebagai hadiah perkahwinan untuk sepasang pengantin baharu merupakan lain dari yang lain dianggap sebagai luar biasa. Semoga hadiah tersebut menjadi ingatan sepanjang hayat buat mereka yang terlibat terutama kepada raja sehari berkenaan.


  

0
3
0
1
0
You will be interested