Seni & Sukan 29 May, 2021

Berita Terkini| Vaksin Covid-19: Sultan larang kuliah antidasar kerajaan! MAIK ambil tindakan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Penyampaian dan pengajaran kuliah khususnya berhubung Covid-19 harus selari dengan dasar kerajaan dalam keadaan genting di negara ketika ini


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, melarang penyampaian dan pengajaran kuliah yang bertentangan dengan dasar kerajaan berhubung penularan wabak Covid-19 serta Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata larangan itu dibuat setelah ada segelintir pendakwah, termasuk pemegang tauliah mengajar MAIK didapati berbuat demikian.

“Penyampaian kuliah bertentangan dengan dasar kerajaan ini akan beri kesan negatif terhadap langkah atau usaha dijalankan bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat negeri ini.

“Sekiranya masih didapati mana-mana pegawai masjid bandar/jajahan/mukim, pemegang tauliah mengajar MAIK dan pendakwah melakukan perkara berkenaan, MAIK tidak akan teragak-agak ambil tindakan tegas.

“MAIK harapkan kerjasama semua pihak agar menyampaikan pengajaran selari dasar kerajaan khususnya berkaitan wabak Covid-19 serta program imunisasi atau pemvaksinan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan seperti dlaporkan Bernama, 29 Mei 2021.

Tambah Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan dalam situasi genting sekarang ini semua pihak perlu menghentikan semua perbezaan dan pendapat. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
0
You will be interested