Seni & Sukan 21 May, 2021

Berita Terkini| Tiada pemotongan elektrik hingga akhir Jun! Pelan bayaran mudah hingga 31 Dis!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 Keputusan tiada pemotongan bekalan elektrik usaha membantu rakyat dalam keadaan ekonomi mencabar ketika ini.


KERAJAAN dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memastikan tiada pemotongan bekalan elektrik di rumah-rumah yang mempunyai tunggakan tidak melebihi enam bulan sehingga 30 Jun 2021.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata Pelan Bayaran Mudah pula dilanjutkan hingga 31 Disember 2021 bagi memudahkan pengguna domestik menguruskan pembayaran bil elektrik mereka.

“Keputusan ini (tiada pemotongan) adalah dengan mengambil kira keperluan untuk meneruskan usaha membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sekali gus memelihara kesejahteraan hidup rakyat dalam keadaan ekonomi mencabar ketika ini.

“Kerajaan bersetuju agar tiada pemotongan bekalan elektrik bagi pengguna domestik yang punyai tunggakan elektrik tidak melebihi enam bulan iaitu sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac 2021.

“Pengguna domestik juga turut ditawarkan Pelan Bayaran Mudah bagi membantu mengurus bil elektrik mereka. Melalui pelaksanaan inisiatif ini, dianggarkan kira-kira 6.96 juta pengguna domestik di Semenanjung memperoleh manfaat,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh Kosmo, 21 Mei 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested