Seni & Sukan 12 Jun, 2020

Selepas 3 bulan! Jemaah menangis dapat solat Jumaat semula!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

SUASANA sedih, hiba malah ada yang mengalirkan air mata dalam kalangan jemaah yang berpeluang menunaikan solat Jumaat buat kali pertama selepas tiga bulan tidak dapat ke masjid akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 disebabkan COVID-19. : KitaReporters

Masjid Hadhari Jertih menjadi tumpuan jemaah menunaikan solat Jumaat


Jemaah mengambil kesempatan datang awal ke masjid


Ramai jemaah yang dapat menunaikan solat jumaat pada hari ini, Jumaat 12 Jun 2020 masing-masing menggunakan media sosial Facebook untuk berkongsi kenangan dengan memuat turun gambar-gambar ketika berada di masjid.

Sebelum ini, lebih tiga bulan, masjid dan surau di negeri ini ditutup sepenuhnya sebelum dihadkan kepada 12 ahli kariah, dan hari ini 12 Jun 2020, ia kembali diimarahkan semula dengan kehadiran 40 orang awam.

Jemaah perlu mendaftar diri sebelum dibenarkan masuk ke ruang masjid


Kelihatan juga ramai jemaah hadir ke masjid seawal jam 12 tengah hari bagi untuk mengambil tempat yang lebih selesa bagi menunaikan solat Jumaat.

ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mendaftar untuk menunakan solat Jumaat


Hampir kesemua jemaah yang hadir dilihat turut membawa sejadah masing-masing, menjalani saringan suhu badan dan mendaftar masuk sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat.

Seorang petugas membuat saringan pemeriksaan suhu badan terhadap jemaah


Seorang Jemaah, Azizul Jasni Mohamad, 45, bersyukur kerana diberikan rezeki untuk menunaikan solat Jumaat selepas hampir tiga bulan tidak berbuat demikian. 

"Perasan bercampur baur antara sebak, gembira dan bersyukur kerana menjadi jemaah terawal dibenarkan menunaikan Solat Jumaat semula,” katanya yang menunaikan solat di Masjid Hadhari Jertih.

Azizul Jasni Mohamad


Katanya, rakyat Terengganu dibenarkan menunaikan solat jumaat di semua masjid seluruh negeri apabila Sultan Terengganu memberi kebenaran menjalankan aktiviti keagamaan dengan mengikut tatacara dan peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pengurusan masjid memastikan jemaah berada dalam SOP yang ditetapkan


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan untuk membenarkan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah diadakan di semua masjid serta surau bermula 12 Jun 2020.

(Laporan terdahulu: Masjid, surau di Terengganu beroperasi sepenuhnya 12 Jun!!)

SOP menunaikan solat Jumaat dan fardu di masjid dan surau yang ditetapkan oleh Kerajaan Terengganu

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda juga berkata, kebenaran itu diberikan selepas mendapat pandangan daripada Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua Polis Negeri dan Majlis Keselamatan Negera (MKN) Negeri Terengganu.

“Ia juga selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan kerajaan, maka kita bersetuju untuk memperluaskan kebenaran solat Jumaat kepada semua masjid dalam negeri Terengganu.

“Kita juga membenarkan solat fardu lima waktu secara berjemaah diadakan di semua masjid dan surau pada tarikh yang sama iaitu 12 Jun 2020,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mengulas lanjut beliau mengatakan, bilangan jemaah yang hadir adalah mengikut ruang keluasan setiap masjid dengan mengambil kira pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). 

Mengaminkan doa selepas selesai solat Jumaat pertama

6
2
2
1
2
You will be interested