Insan & Komuniti 10 Jun, 2020

Masjid, surau di Terengganu beroperasi sepenuhnya 12 Jun!!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

PENANTIAN umat Islam di Terengganu untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid dan surau seperti sediakala terjawab apabila pihak berkuasa negeri itu membenarkan masjid dan surau seluruh negeri beroperasi sepenuhnya bermula 12 Jun 2020. : KitaReporters

Masjid Kayu Ulu Albab di Jertih.


Ini kerana Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan untuk membenarkan umat Islam negeri itu menjalankan ibadat di rumah Allah seperti biasa. 

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, kebenaran itu diberikan selepas mendapat pandangan daripada Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua Polis Negeri dan Majlis Keselamatan Negera (MKN) Negeri Terengganu. 

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda


“Baginda memahami hasrat rakyat jelata yang mengharapkan masjid dan surau dapat dibuka dan dimakmurkan sepenuhnya dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, terutama solat Jumaat dan solat fardu lima waktu,” katanya.

Osman berkata, baginda juga sentiasa mengikuti perkembangan penularan wabak Covid-19 di Terengganu khususnya dan di Malaysia umumnya. 

"Alhamdulillah wabak ini telah dapat dibendung dengan sebaiknya dan kini negara kita memasuki fasa pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa, 9 Jun 2020.

Kenyataan Media


Katanya, ia juga selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan kerajaan, maka MAIDAM bersetuju untuk memperluaskan kebenaran solat Jumaat kepada semua masjid dalam negeri Terengganu. 

“kita juga membenarkan solat fardu lima waktu secara berjemaah diadakan di semua masjid dan surau pada tarikh yang sama iaitu 12 Jun 2020 atau Jumaat ini,” katanya.

 

k

Kenyataan Media


Bagaimanapun, katanya, bilangan jemaah yang hadir adalah mengikut ruang keluasan setiap masjid dengan mengambil kira pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP)

Katanya, susunan antara ahli jemaah yang terdiri daripada anak mukim mesti dijarakkan satu meter.

 

Kenyataan Media


“Individu yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selsema serta mereka yang mempunyai penyakit kronik tidak dibenarkan hadir,” katanya.

Osman berkata, kanak-kanak berumur lima belas tahun ke bawah dan warganegara asing juga dilarang hadir.

 

Kenyataan Media

Katanya lagi, semua yang hadir juga hendaklah terus beredar meninggalkan kawasan masjid setelah selesai solat

“Ahli jemaah juga mesti membawa sejadah sendiri dan berwuduk terlebih dahulu sebelum hadir ke masjid dan surau,” katanya.

Masjid Taman Ilmu,Besut


Beliau berkata, bagi memastikan aliran pengudaraan di dalam ruang solat, beliau menyarankan agar pihak masjid membuka semua jendela dan menggunakan kipas angin sahaja

“Pegawai Agama Daerah akan membuat pemantauan bagi memastikan semua masjid dan surau mematuhi SOP dan syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya. - KitaReporters

14
4
1
1
1
You will be interested