Seni & Sukan 16 Apr, 2021

Berita Terkini| Cabutan bertuah motosikal Honda! Peminat bola sepak Melaka United FC berpeluang

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Nama pemenang bertuah yang bakal mendapat motosikal ini akan dipaparkan bila-bila masa sepanjang perlawanan antara MUFC menentang Selangor FC, 18 April 2021 nanti. - Kredit foto: Melaka United Football Club


SEBUAH motosikal Honda RS150R menanti peminat bertuah bola sepak Melaka United FC (MUFC) yang hadir menyaksikan perlawanan menentang Selangor FC pada Liga Super Malaysia 2021 dijadualkan pada 18 April 2021 ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata cabutan bertuah yang julung kali diadakan itu bagi mengalakkan ramai peminat bola sepak Melaka hadir beri sokongan.

"Caranya cukup mudah, beli sahaja tiket berharga RM20 untuk tempat duduk berbumbung atau RM15 (terbuka) secara dalam talian dan hadir saksikan perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

"Keputusan bagi penonton bertuah yang akan membawa pulang hadiah sebuah motosikal akan dipaparkan pada papan mata keputusan bila-bila masa sepanjang perlawanan berlangsung," katanya yang dipetik oleh laporan Bernama, 16 April 2021.

Tambah beliau yang juga Ketua Menteri Melaka, semua pihak terutama penonton turut diingatkan agar dapat mematuhi prosedur operasi standard jika mahu terus menyaksikan perlawanan di stadium. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
0
0
0
You will be interested