Seni & Sukan 04 Apr, 2021

Berita Terkini| Kes jangkitan Covid-19 petugas KKM menurun! Suntikan vaksin beri tanda positif

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

DR ADHAM BABA. Kredit foto: FB Dr Adham Baba


Statistik kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan penurunan sejak Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan dilancarkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata program bermula 24 Februari 2021 lalu itu menunjukkan tanda positif, sekali gus buktikan kejayaan awal keberkesanannya.

"Secara keseluruhannya, kes jangkitan melibatkan petugas KKM diperoleh daripada masyarakat setempat yang mendapatkan rawatan. Jadi, bagi fasa pertama program, petugas KKM antara golongan sasar utama.

"Penurunan kes jangkitan kini dalam kalangan mereka antara kejayaan awal Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan yang kita laksanakan,” kata," katanya yang dipetik daripada Kosmo Online.

Beliau berkata demikian sewaktu perasmian Program Malaysia Prihatin Vaksinasi Covid-19 Lindungi Diri, Lindungi Semua Peringkat Daerah Segamat di Dewan Muafakat, Taman Yayasan Segamat, Johor pada 4 April 2021.

Sementara itu, untuk info data kes jangkitan dalam kalangan petugas KKM setakat bulan lalu menunjukkan seramai 6,087 kakitangan petugas hadapan KKM dijangkiti Covid-19. - KitaReporters 

1
0
0
0
0
You will be interested