Seni & Sukan 06 Jun, 2021

Berita Terkini| Mahkamah: Lastik kereta bekas isteri dengan bola besi! Peniaga didenda RM500!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Seorang peniaga didenda RM500 di Mahkamah Majistret Kota Bharu selepas mengaku bersalah lastik bola besi ke arah kereta bekas isterinya


Seorang peniaga berusia 36 tahun didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 6 Jun 2021 selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melastik sebiji bola besi ke arah kereta bekas isterinya.

Tertuduh, Edy Syu’aib Mohd Suhaimi yang melakukan perbuatan itu kira-kira 7.30 malam, 30 Mei 2021 membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Memetik laporan Harian Metro, 6 Jun 2021, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa lakukan khianat denagn melastik sebiji bola besi ke arah kereta jenis Kia Rio milik bekas isterinya yang juga berusia 36 tahun di hadapan Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, Kelantan.

Tindakan tersebut menyebabkan cermin di sebelah kanan penumpang belakang kenderaan berkenaan berlubang dan retak sehingga mangsa mengalami kerugian RM200.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudiannya mengenakan denda RM500 atau penjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayarnya dan tertuduh membayar denda ditetapkan tersebut. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
2
2
0
You will be interested