Gaya Hidup 16 Jun, 2021

Berita Terkini| Disyaki bersauh tanpa kebenaran! Kapal tangki Jepun ditahan APMM Pulau Pinang!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Sebuah kapal tangki asing berdaftar di Jepun didapati bersauh di perairan Pulau Pinang tanpa kebenaran 


SEBUAH kapal tangki asing yang berdaftar di Jepun ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang pada 15 Jun 2021 selepas disyaki berlabuh tanpa kebenaran.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata kapal tangka itu ditahan oleh kapal ronda APMM, KM Burau kira-kira jam 4 petang di kedudukan 53 batu nautika barat laut Pulau Kendi dalam Ops Pertiwi/Benteng Laut.

“Kapal tangki berkenaan dalam perjalanan dari Singapura ke Fujuriah, Emiriah Arab Bersatu dengan dikendalikan oleh 26 kru terdiri daripada empat warga Jepun termasuk nakhoda dan 22 warga Filipina.

“Kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, bagaimanapun gagal kemukakan sebarang dokumen atau bukti kebenaran bersauh selain tidak memaklumkan ketibaan di perairan di Malaysia.

“Nakhoda dan tiga kru terbabit telah dibawa ke ibu pejabat APMM negeri untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan pada 16 Jun 2021.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 491B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
1
0
You will be interested

Video| Stacy dedahkan kisah sebenar dirinya demi Duit! Segala-galanya duit! Stacy mata duitan?

Single terbaharu, Duit adalah buah tangan terbaharu Stacy Anam. Bongkar siapa sebenarnya dirinya dan sekali gus ingin buktikan kemampuan yang ada pada dirinya

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Betul ke Pak Nil nak kahwin? Hanya mahu fokus kerjaya, anak-anak! Soal kahwin bukan keutamaan!

Tak mahu jadikan soal jodoh sebagai keutamaan. Lebih utama adalah teruskan kehidupan dengan letakkan kerja seni dan tanggungjawab kepada masyarakat - Pak Nil
Fariza Saidin in Gaya Hidup 5 hours ago

Hukuman berzina! Wanita ngaku bersalah disebat 100X! Lelaki pula tak ngaku bersalah! Disebat 15X!

Wanita sudah bersuami disebat 100 kali selepas mengaku bersalah berzina dengan lelaki lain. Pasangannya hanya dikenakan 15 sebatan setelah tidak mengaku salah
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 6 hours ago

Macam mana tu? 10 individu bilionair berjaya gandakan kekayaan! Pada saat dunia dilanda COVID-19!

10 orang bilionair dunia mampu gandakan kekayaan pada saat orang lain berjuang teruskan kehidupan ke arah lebih sempurna ketika dunia bergolak kerana COVID-19
Zuhayati Yazid in Gaya Hidup 11 hours ago

Video| Sedihnya lihat gadis ini bertemu ayahnya! 2 tahun tak pulang! Kerana kerja di Singapura!

Bagi cari rezeki ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak. Ada banyak ibu bapa terpaksa berkorban untuk tidak pulang kerana cari rezeki di Singapura
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 23 hours ago