Seni & Sukan 17 May, 2021

Berita Terkini| Pfizer-BioNTech sesuai untuk wanita hamil! Sinovac, AstraZeneca tak disyorkan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Hanya vaksin jenis Pfizer-BioNTech sesuai diberikan kepada mereka yang hamil dengan tempoh kandungan berusia 14 hingga 33 minggu. - Kredit foto: Portal rasmi Program Kesihatan Pergigian, KKM


Wanita hamil yang usia kandungannya sekitar tempoh 14 hingga 33 minggu hanya sesuai diberikan suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech berbanding jenis-jenis lain.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memakumkan perkara itu sewaktu sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebagaimana dilaporkan oleh Bernama, 17 Mei 2021.

Sidang media berlangsung secara maya itu diadakan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Hanya vaksin jenis Pfizer-BioNTech sesuai diberikan kepada mereka yang hamil dengan tempoh kandungan berusia 14 hingga 33 minggu. Dua lagi vaksin iaitu Sinovac dan AstraZeneca tidak disyorkan untuk ibu hamil buat masa ini.

“Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan mengkoordinasi dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan vaksin Pfizer-BioNTech diberikan kepada golongan wanita hamil,” katanya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested