Seni & Sukan 05 May, 2021

Berita Terkini| Ziarah Hari Raya Aidilfitri bagi zon PKPB di Sarawak! 1 hingga 7 Syawal sahaja!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Tempoh ziarah pada Hari Raya Aidilfitri nanti bagi zon PKPB Sarawak hanya bagi tempoh 1 Syawal hingga 7 Syawal sahaja. - Kredit foto: penangkini.com


KERAJAAN negeri Sarawak membenarkan ziarah Hari Raya Aidilfitri bagi zon Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri tersebut pada tempoh 1 Syawal hingga 7 Syawal sahaja.

Majlis Islam Sarawak (MIS) menerusi satu kenyataan pada 5 Mei 2021 memaklumkan kebenaran berkenaan khusus untuk ahli-ahli keluarga terdekat sahaja dengan tempoh ziarah hanya dari 1 Syawal hingga 7  Syawal.

“Bilangan had pengunjung (keluarga terdekat) pada satu-satu masa hanya dibenarkan 50 peratus kapasiti mengikut saiz rumah dengan mematuhi penjarakan fizikal.

“Takbir hari raya pula dibenarkan di masjid dan surau, mulai selepas solat maghrib malam 1 Syawal dan tidak boleh melebihi jam 10 malam serta selepas solat subuh pagi 1 Syawal sehingga bermula solat sunat Aidilfitri.

“Solat sunat Aidilfitri juga dibenarkan di masjid, surau, musolla dan premis yang telah mendapat kebenaran MIS sahaja.  Jemaah dibenarkan hadir berdasarkan had kapasiti ruang keluasan masjid atau surau," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, aktiviti ziarah kubur tidak digalakkan namun sekiranya tidak dapat dielakkan, hendaklah mematuhi garis panduan aktiviti ziarah pusara dikeluarkan MIS pada 8 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested