Seni & Sukan 11 Sep, 2023

Video| Siti Nurhaliza Kalau Berkasih dengan Awie? Pertama kali bergabung lagu genre tradisional!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this



Buat pertama kalinya, Ratu Pop Asia  dan Raja Rock Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 44, dan Dato Awie atau nama penuhnya, Ahmad Azhar Othman, 54, bergabung dalam sebuah lagu bergenre tradisional moden, berjudul ‘Kalau Berkasih’.

Bagaimana agaknya keserasian suara dua penyanyi popular dalam genre berbeza ini dalam lagu tersebut? Nak dengar gandingan mereka dalam mengangkat muzik tradisional kepada seluruh lapisan masyarakat? 

Apa kata mendapatkan album ‘Sitism’ edisi deluxe yang kini bukan sahaja sudah berada dalam pelantar digital bermula 8 September 2023 lalu tetapi turut dikeluarkan dalam bentuk fizikal. 

Pratempah album 'Sitism' telah diadakan selama seminggu bermula 18 Ogos hingga 25 Ogos 2023 lalu dalam platform snp.onpay.my malah kini turut dijual di kedai pengedar terpilih dalam jumlah terhad.



Kalau Berkasih’ karya Glowrush & Tam Cobain & Mike Chan, merupakan salah satu daripada empat karya tambahan selain 'Senyawa' (Farouk Roman/Senna); 'Nadi' (Mim Hamzah & Illi Diyana) dan 'Kusedari' (Siti Nurhaliza/Habsah Hassan).

Untuk rekod, album 'Sitism' yang dilancarkan pada bulan Jun 2023 lalu memuatkan 8 buah lagu sahaja dan kini dengan penambahan empat buah lagi lagi menjadikan ‘Sitism’ sebuah album edisi deluxe mengandungi kesemua 12 buah lagu.

(Baca artikel berkaitan pada link ini http://kitareporters.com/gaya/pnelO2MgdK

Judul ‘Sitism’ dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti dan imbuhan `ism’ pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album. 

Apabila nama Siti dan imbuhan `ism’ ini digabungkan, 'Sitism' membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solo ke-20 penyanyi nombor satu ini.



Mungkin masih ada yang tertanya-tanya kenapa ‘Sitism’?

Menurut Siti atau mesra disapa Tok Ti, 'Sitism' atau' Siti-ism' menggambarkan dirinya iaitu apabila beliau menyanyi, ciri khas, gaya, kualiti dan suara yang unik dimilikinya  senang dikenali bahawa itulah Siti Nurhaliza.

“Empat  buah lagu terbaharu yang dimuatkan di dalam album 'Sitism' bukanlah lagu bonus tetapi telah menjadi antara pilihan terbaik untuk melengkapkan 12 karya walaupun berjarak 2 bulan pelancarannya,” ujar Tok Ti sambil menyifatkan langkah yang diambil itu merupakan satu strategi untuk memberikan peluang kepada para peminat, para pencinta muzik, stesen radio dan stesen televisyen menumpukan kepada lagu-lagu dari album 'Sitism' yang dilancarkan pada bulan Jun 2023 di mana kini beliau dapat menyambung promosi dengan edisi deluxe pula.



Tambah Siti, album 'Sitism' terbitan Universal Music Sdn.Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd ini adalah diri beliau yang tersendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan beliau. - KitaReporters

13
12
0
9
0
You will be interested