Seni & Sukan 07 Dec, 2022

Seks luar nikah tak dibenarkan di Indonesia! Begitu juga bersekedudukan! Dikategorikan satu jenayah!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


Baru-baru ini KitaReporters melaporkan bahawa Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam mengarahkan kementeriannya supaya menyiasat dan mengkaji semula beberapa individu yang disabitkan atas perbuatan homoseksual suka sama suka antara 1988 dan 2007, agar rekod mereka sama ada dikeluarkan atau dibatalkan dalam masa terdekat. 

Ini rentetan daripada keputusan terbaharu Republik Singapura yang tidak lagi menganggap hubungan seks antara lelaki dengan lelaki sebagai sebuah bentuk jenayah.

Namun sebaliknya bagi negara jiran iaitu Indonesia. Jakarta menetapkan hubungan seks luar nikah telah dikategorikan sebagai jenayah bagi rakyatnya serta pelancong warga asing. 


Seks sesama lelaki dah jadi halal di Singapura? Homoseksual tak lagi dianggap sebagai satu jenayah! 

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan isu LGBT 

Kredit foto: AFP/Getty Images


Parlimen Indonesia pada 6 Disember 2022 telah meluluskan undang-undang yang menetapkan hubungan seks luar nikah telah dikategorikan sebagai jenayah bagi rakyatnya serta pelancong warga asing.

Indonesia telah menyemak semula beberapa peruntukan undang-undang negara yang antara lain menjadikan kesalahan hubungan seks luar nikah boleh dihukum penjara setahun, manakala bersekedudukan pula selama enam bulan.

Namun setiap hukuman tersebut haruslah menepati syarat yang ditetapkan, seperti ia memerlukan laporan polis yang lengkap terlebih dahulu, serta hanya sah dibuat oleh pasangan, ibu bapa atau anak tertuduh sahaja.

Menurut laporan agensi asing AP, Timbalan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Edward Omar Sharif Hiariej, dalam satu kenyataan rasmi berkata, undang-undang itu masih dalam proses dan ia tidak akan berkuat kuasa serta-merta.

“Undang-undang baharu ini mempunyai banyak peraturan berkait pelaksanaan yang harus diselesaikan, justeru mustahil dilakukan dalam tempoh setahun,” katanya.


Kredit foto: CNN


Berdasarkan rekod terdahulu, tempoh masa yang diambil bagi memperbaharui sesuatu undang-undang itu mengambil masa maksimum tiga tahun sebelum ia lengkap dan matang untuk dikuatkuasakan.

Pihak Parlimen Indonesia turut mengharamkan apa jua aktiviti atau tindak tanduk mempromosikan pencegahan kehamilan serta menghina agama di negara berkenaan.

Bukan sahaja menghina agama, Indonesia turut menegah mana-mana warganya daripada menghina Presiden dan Naib Presiden Indonesia yang sedang menjawat jawatan tersebut.

Sekiranya disabitkan bersalah, mereka yang menghina Presiden atau Naib Presiden Indonesia itu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun. - KitaReporters


13
14
0
17
0
You will be interested