Seni & Sukan 02 Dec, 2022

Seks sesama lelaki dah jadi halal di Singapura? Homoseksual tak lagi dianggap sebagai satu jenayah!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


MENTERI Undang-Undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam memaklumkan bahawa, kementeriannya diarahkan supaya menyiasat dan mengkaji semula beberapa individu yang disabitkan atas perbuatan homoseksual suka sama suka antara 1988 dan 2007 agar rekod mereka sama ada dikeluarkan atau dibatalkan dalam masa terdekat.

Ini rentetan daripada keputusan terbaharu Republik Singapura yang tidak lagi menganggap hubungan seks antara lelaki dengan lelaki sebagai sebuah bentuk jenayah.


Lagi cerita-cerita berkaitan gaya hidup homoseksual

 


Pada Rabu 30 November 2022, Parlimen Singapura telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan dengan pemansuhan Seksyen 377A dalam Kanun Keseksaan. Ia diluluskan dengan majoriti 93 undi di mana semua Ahli Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang hadir mengundi RUU tersebut.

Selain itu, Singapura turut meluluskan pindaan RUU yang melindungi definisi perkahwinan daripada cabaran undang-undang dengan majoriti 85 undi.

Mengulas lanjut, K Shanmugam menekankan bahawa perubahan Perlembagaan akan melindungi definisi heteroseksual dalam perkahwinan dengan undang-undang dan dasar tertentu.

“Sama seperti yang kami jelaskan mengenai pemansuhan 377A, kami mengambil pendirian yang jelas bahawa kami akan melindungi perkahwinan heteroseksual sebagai institusi utama dalam masyarakat kita,” ujarnya kepada pihak media.

Walaupun beberapa Ahli Parlimen menyatakan kebimbangan mereka terhadap usaha melindungi institusi serta nilai keluarga tradisional dan dasar sosial, Ahli Parlimen yang lain masih menekankan keperluan untuk menolak diskriminasi terhadap individu yang mempercayai definisi perkahwinan sebagai penyatuan antara seorang lelaki dan wanita.

Malah, terdapat juga yang mendesak kerajaan supaya tidak mendiskriminasikan mereka yang berada di luar institusi tradisional perkahwinan seperti orang bujang, balu dan pasangan yang sudah bercerai. - KitaReporters


Sumber : Internet 

13
10
0
16
0
You will be interested