Seni & Sukan 31 May, 2021

Berita Terkini| Daerah Besut kekal tertakluk SOP PKPD hingga 4 Jun! Kemudian SOP lockdown pula!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Daerah Besut yang terletak bersempadanan negeri Kelantan masih tertakluk kepada SOP PKPD sehingga 4 Jun 2021. - Kredit foto: FB Ibu Pejabat Polis Daerah Besut


DAERAH Besut masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hingga 4 Jun 2021 walaupun ‘total lockdown’ dikuatkuasakan seluruh negara pada 1 Jun.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Besut, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata sehubungan itu semua pihak perlu mematuhi segala SOP PKPD sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Timbul kekeliruan orang awam berhubung SOP perlu diguna pakai di Besut susulan pengumuman 17 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh sekatan penuh (total lockdown).

“Memandangkan Besut masih lagi dalam tempoh PKPD melibatkan 15 mukim, berkuat kuasa pada 22 Mei hingga 4 Jun 2021 ini, jadi masih tertakluk kepada SOP PKPD,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia, 31 Mei 2021. 

Tambah beliau, orang ramai diminta sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Untuk info sebanyak  76 kes baharu direkodkan bagi daerah Besut pada 30 Mei 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
1
0
You will be interested