Seni & Sukan 14 Jun, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Kes berupaya susut ke bawah 4k kes hujung Jun! Jika rakyat patuh SOP!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 

Hantaran status dimuat naik  oleh Dr Noor Hisham dalam akaun media sosialnya


KES penularan harian jangkitan Covid-19 di negara ini berupaya susut hingga ke paras di bawah 4,000 kes menjelang penghujung bulan Jun 2021 ini berdasarkan unjuran setakat 13 Jun 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,  jangkaan unjuran itu mampu dicapai hanya sekiranya kadar kebolehjangkitan atau Rt kurang daripada 0.9 dan masyarakat terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 Jun 2021 untuk seluruh negara adalah 0.91,” katanya yang dipetik daripada laporan Berita Harian, 14 Jun 2021.

Sementara itu, menerusi hantaran dalam laman sosial beliau juga, Noor Hisham turut memuat naik info kes kematian terbaharu iaitu sebanyak 64 kes kematian dicatatkan pada tarikh sama melibatkan 38 lelaki serta 26 wanita.

Daripada jumlah keseluruhan itu, 41 kematian melibatkan mangsa berusia 60 tahun dan ke atas; 21 kematian individu berusia 30 hingga 59 tahun serta dua kes kematian membabitkan mangsa berumur di bawah 30 tahun.

Manakala, jumlah kes baharu Covid-19 pada 13 Jun 2021 adalah sebanyak 5,304 kes dengan jumlah kumulatif 657,508 kes. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
0
0
0
You will be interested