Seni & Sukan 20 Jun, 2021

Berita Terkini| Gara-gara pewangi ketiak, 2 lelaki ditahan! Seludup 5,520 botol dari Thailand!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Pewangi ketiak diseludup dari negara jiran berjaya dirampas polis ekoran tangkapan dua lelaki di Pasir Mas, Kelantan. -  Kredit foto: FB Polis Daerah Pasir Mas 


POLIS menahan dua lelaki di Jeram Perdah, Jalan Lama Rantau Panjang-Pasir Mas, Kelantan selepas dipercayai membawa 5,520 botol pewangi ketiak yang diseludup dari negara jiran.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, ketika kejadian 7.45 pagi pada 19 Jun 2021 itu, anggota bertugas membuat rondaan cegah jenayah sebelum melihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota bertugas kemudiannya menahan Proton Waja tersebut lalu perkenalan diri sebagai polis sebelum membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua suspek yang berusia 27 tahun.

"Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan, polis berjaya menemui kotak berwarna coklat yang ditutup menggunakan kain hitam. Kesemua kotak tersebut mengandungi pewangi ketiak yang bertulis dalam bahasa Siam.

"Pewangi ketiak tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran. Kedua-dua suspek juga gagal mengemukakan dokumen barangan serta surat perjalanan," katanya yang dipetik daripada laporan Harian Metro, 20 Jun 2021.

Tambah beliau, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM59,680 itu dirampas dan dua suspek dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah bagi tindakan serta siasatan lanjut.

Katanya lagi, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
1
You will be interested