Seni & Sukan 24 Jun, 2021

Berita Terkini| 2 beradik lelaki mangsa amang seksual ketika jual kuih! Polis buru si pelaku!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 

Lakaran fotofit suspek kes amang seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki dalam kejadian di Seksyen 19, Petaling Jaya, Selangor. 


Polis kini sedang memburu seorang lelaki dipercayai melakukan amang (ancaman) seksual terhadap dua beradik berusia 8 dan 9 tahun di sebuah pangsapuri di kawasan Seksyen 19, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika dua kanak-kanak lelaki berkenaan sedang menaiki tangga untuk menjual kuih di kediaman mereka.

“Polis telah menerima satu laporan berkenaan kes daripada seorang wanita berusia 40 tahun yang juga ibu kepada kanak-kanak terbabit.

“Dalam kejadian tersebut, suspek merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bertindak menarik tangan mangsa sebelum melakukan kelucahan melampau terhadap dua kanak-kanak tersebut.

“Mangsa yang ketakutan dengan perbuatan suspek berlari pulang ke rumah sambil menangis,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis, 24 Jun 2021.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan berdasarkan lakaran fotofit hasil diskripsi mendapati suspek berusia lingkungan 20-an, berketinggian 168 sentimeter, tubuh kurus serta rambut hitam.

Katanya lagi, bangsa suspek tidak dapat dipastikan dan polis memohon kerjasama orang awam agar tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor M Naresh Kumar di talian 016-975 7113 jika punyai maklumat kejadian  atau mengenali diskripsi suspek. KitaReporters  


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
2
0
3
You will be interested