Alam & Sains 11 Feb, 2022

Ikan pun kena tuduhan membunuh! Marlin hitam sebabkan kematian seorang nelayan! Mati ditusuk!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

Bandar raya Visakhapatnam, Andra Pradesh. - Kredit foto: Google Map


MACAM-MACAM hal dalam dunia ini. Bukan manusia sahaja boleh dituduh membunuh jika melakukan kesalahan mengambil nyawa orang lain. Ikan yang menyebabkan kematian manusia pun boleh dikenakan tuduhan membunuh

Bunyinya pelik atau kelakar. Tetapi ia memang benar terjadi di bandar Visakhapatnam, India

Polis memfailkan dakwaan terhadap seekor ikan marlin hitam (Kommu konam) kerana menyebabkan kematian seorang nelayan, N. Joganna berusia 40 tahun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ikan

IKAN marlin hitam yang menyebabkan kematian pemancing, Joggan di Visakhapatnam, Andre Pradesh. - Kredit foto: Newsmeter.in

Visakhapatnam ialah bandar terbesar dan paling padat penduduk di negeri Andra Pradesh, India. Bandar tersebur diasaskan pada 1865 dan memperoleh status bandar raya pada 1979.

Memetik Wion News, kejadian berlaku ketika enam orang nelayan dari pantai Muthlalamma Palem, termasuk mangsa, memancing ikan di kawasan Parawada, Visakhapatnam, pada minggu lalu.

Ketika memancing, Joganna dilaporkan turun ke dalam air. Ketika itulah dia diserang oleh seekor ikan marlin hitam. Spesis ikan ini mempunyai muncung berduri yang tajam seperti pedang.

Muncung berduri tersebut tertusuk pada tulang rusuk Joganna mengakibatkan banyak darah keluar. Dia dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanan kerana kehilangan terlalu banyak darah. 


SPESIS ikan marlin hitam mempunyai muncung tajam seperti pedang.


Kelima-lima rakan Joganna melaporkan kejadian yang berlaku di balai polis Parawada. Berikutan itu polis memfailkan kes terhadap ikan tersebut. Penyiasatan dijalankan di bawah Seksyen 174 Kanun Keseksaaan India.

Tetapi adakah tuduhan terhadap ikan ini akan membawa apa-apa makna memandangkan ikan hanyalah haiwan yang tidak tahu undang-undang. Lagi pun ikan itu akan reput akhirnya menjadi bangkai.

Menurut seorang peguam, Abdus Saleem, kes memang boleh difailkan terhadap ikan tersebut berdasar kejadian yang berlaku, menurut prosedur dan peruntukan undang-undang.

Bagaimana pun beliau menegaskan, tidak mungkin sebarang tindakan boleh diambil terhadap ikan tersebut. Justeru kes polis terhadap ikan itu hanyalah tidak lebih daripada sebagai formaliti sahaja. - KitaReporters


 

16
10
0
14
0
You will be interested