Alam & Sains 15 Jan, 2026

Antara mitos dan fakta! Kehadiran ular gergasi atau naga penyebab gempa bumi! Akan kekal misteri!

Share this

Kejadian gempa bumi yang berlaku pada tahun 2025 yang melanda daerah Segamat dan beberapa daerah di sekitar Johor menggemparkan bukan sahaja negeri Johor namun seluruh Malaysia.


Gambar hiasan


Ada segelintir penduduk Segamat yang bercerita kepada penulis bahawa terdapat kisah mitos ular gergasi atau naga yang ‘hidup’ di bawah tanah yang telah ‘bergerak’ dan menyebabkan kejadian gempa bumi lemah ini berlaku.

Walaupun terdapat kisah ular besar atau naga yang wujud dalam mitos kepercayaan segelintir masyarakat daerah ini dan dikaitkan dengan kejadian gempa bumi pada tahun 2025 lalu, namun ia kekal misteri.

Kisah legenda naga atau ular besar tersebut telah didakwa oleh penduduk setempat itu dipercayai mendiami beberapa buah paya di Segamat sejak beberapa abad lalu.

Hal itu tercetus berdasarkan dakwaan penduduk terdahulu yang pernah terserempak jasad haiwan berkenaan.


Mohd Razali Ismail


Penduduk asal Segamat, Mohd Razali Ismail, 62, berkata, antara cerita yang kerap disebarkan adalah kononnya berlaku sekitar tahun 1960-an apabila seorang lelaki yang sedang mencari daun mengkuang untuk dianyam dijadikan tikar mengkuang terserempak ular besar sekitar kawasan paya.

Penulis diberitahu lagi yang ular itu pada bahagian badannya sebesar naga atau tong drum minyak muncul di permukaan air paya.

"Akibat ketakutan, lelaki terbabit membatalkan niatnya mencari daun mengkuang dan selepas itu kononnya bumi Segamat akan mengalami gegaran kesan pergerakan badan ular besar itu yang kini didakwa masih menghuni paya sekitar, Segamat," katanya ketika ditemui dikediamannya di bandar Segamat pada 13 Januari 2026.


G

Gambar hiasan


Beliau berkata, sejak peristiwa itu, beberapa lagi penduduk terutama orang kampung mendakwa terserempak naga atau ular besar di paya dan lilitan badannya sebesar tayar lori.

"Segelintir penduduk turut mendakwa suatu ketika dulu, terdapat beberapa ular besar atau naga bergerak dari Segamat seterusnya merantau berhijrah kebeberapa buah paya sekitar daerah Kluang dan Batu Pahat yang turut terkesan gegaran sebelum ini," jelasnya.

Mohd.Razali berkata lagi, pergerakan ular besar tersebut yang didakwa petanda tercetusnya gempa bumi makin hangat kembali diperkatakan selepas Segamat dilanda gegaran susulan melebihi lima kali pada tahun 2025, namun hanya Allah sahaja mengetahui puncanya.


 

Seram juga ye apabila kita mendengar mitos-mitos daripada orang-orang lama. Mungkin ada kebenarannya atau sekadar satu kebetulan. 

Tetapi sesungguhnya segala kejadian adalah atas kehendak Allah SWT. - KitaReporters

 

12
7
0
6
0
You will be interested