Canggih dan tahniah kepada Kerajaan Madani melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memperkenal aplikasi PaddyChat pada 16 Januari 2026 bagi memberi kemudahan terkini kepada pesawah.
PaddyChat yang digerakkan melalui Jabatan Pertanian (DOA) merupakan ejen kecerdasan buatan pintar melalui Whatsapp di bawah inisiatif Pemacu Digital Industri Padi 2025 (DX Padi 2025).
Melalui inisiatif ini ia membolehkan pesawah mendapatkan khidmat nasihat teknikal secara nyata serta mengesan penyakit tanaman melalui analisis gambar.
Sistem yang baharu diperkenal ini menyediakan maklumat yang sahih bagi meningkatkan hasil tuaian pesawah serta memudahkan mereka berhubung dengan pihak terlibat khususnya Jabatan Pertanian.

Pelbagai kemudahan diperkenal oleh Kerajaan Madani untuk meningkatkan hasil padi pesawah.
Menurut kenyataan DOA, PaddyChat ialah sebuah sistem chatbot kecerdasan buatan (AI) atau satu AI Chatbox berasaskan WhatsApp bagi membantu pesawah padi mendapatkan maklumat teknikal dengan pantas sekali gus mengurangkan risiko kerugian akibat serangan penyakit dan perosak.
PaddyChat dibangunkan sebagai inisiatif pendigitalan sektor pertanian khususnya industri padi yang menjadi tunjang kepada keterjaminan makanan negara.
Melalui sistem ini iaitu pesawah boleh bertanya soalan berkaitan tanaman padi serta menghantar gambar daun, batang atau pokok padi yang bermasalah untuk tujuan pengesanan penyakit dan perosak.
Maklumat yang diberikan adalah berpandukan rujukan rasmi DOA termasuk pakej teknologi padi, Rice Check serta data penyelidikan tempatan.

PaddyChat yang dilancarkan pada 16 Januari 2026 untuk kemudahan pesawah.
Menurut DOA lagi, PaddyChat dibangunkan menggunakan server dalaman kerajaan dan tidak bergantung kepada sistem awan luar, sekali gus menjamin keselamatan data pesawah dan maklumat strategik negara.
Sistem ini dilaporkan mempunyai tahap ketepatan pengesanan penyakit melebihi 85 peratus berdasarkan kandungan data tempatan Malaysia.
Pengenalan PaddyChat dijangka memberi manfaat besar kepada pesawah terutama dalam situasi kecemasan di lapangan apabila pegawai pertanian sukar dihubungi.
Dengan akses maklumat yang cepat, pesawah dapat mengambil tindakan awal serta menjimatkan kos kawalan dan melindungi hasil sawah.
Selain membantu pesawah secara langsung, penggunaan teknologi AI ini turut menyokong usaha kerajaan memodenkan sektor pertanian juga meningkatkan produktiviti padi serta menarik minat generasi muda terhadap pertanian berteknologi tinggi.

Penerangan dan info yang jelas memudahkan pesawah untuk memanfaatkan PaddyChat.
PaddyChat akan diperluaskan penggunaannya secara berperingkat-peringkat termasuk melalui promosi dan demonstrasi lapangan kepada komuniti pesawah di seluruh negara.
Inisiatif ini selari dengan agenda Sekuriti Makanan Negara dan Dasar Agromakanan Negara yang menekankan keperluan penggunaan teknologi pintar bagi memastikan bekalan beras negara kekal mencukupi dan terjamin. - KitaReporters

Para pesawah boleh menggunakan PaddyChat dengan hamya menghantar gambar masalah tanaman melalui PaddyChat.