JENAYAH hari ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak kira di mana sahaja, semua akan terdedah dengan bahaya. Lagipun manusia hari ini sudah tiada sifat kemanusiaan semasa sendiri. Malah kalau di rumah pun, walaupun sudah dipasang kamera litar tertutup (CCTV), semua itu belum menjamin keselamatan berada di rumah. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan jenayah:
https://kitareporters.com/search?search=jenayah
Penjenayah hari ini sanggup dilakukan apa sahaja asalkan dapat memenuhi hasrat jahat mereka.
Itu yang berlaku kepada sebuah keluarga di Taman Daya, Johor Bahru baru-baru ini apabila penjenayah mengambil kesempatan untuk merompak sebuah rumah pada waktu siang hari.
Menerusi video yang dimuat naik dalam Facebook Info Roadblock JPJ Polis jelas menunjukkan penjenayah hari ini semakin berani melakukan operasi rompakan tanpa mempedulikan orang lain.
Mungkin dua penjenayah itu beranggapan waktu siang adalah ‘selamat’ memandangkan ketika itu ramai yang tiada di rumah kerana masih ditempat kerja.
Menerusi CCTV dua lelaki yang menggunakan pacuan dua roda dengan selamba berhenti di sebuah rumah dengan lagak berani meninjau kawasan tersebut bagi memastikan keadaan ‘selamat’.
Malah
seorang daripada yang berseluar pendek sempat memanjat pagar rumah berkenaan
bagi meninjau ‘kawasan’ sebelum memulakan operasi mencuri.
Manakala seorang lagi bertindak membetulkan keadaan kemungkinan bagi memudahkan untuk memunggah barang yang akan di curi.
Namun nasib tidak menyebelahi penyangak berkenaan, pemilik rumah berkenaan pulang dan berhenti di hadapan pagar rumah tersebut menyebabkan dua penyangak itu terus bergegas melarikan diri.
Nasib baik
tepat masanya… jika lambat seminit pasti rumah tersebut menjadi mangsa ceroboh.
Hari ini semua
sudah tidak selamat! Hati-hati semua. : KitaReporters