Alam & Sains 05 Jul, 2025

Simbol keberanian, kepahlawanan, semangat juang di maritim! LCS 2, Raja Muda Nala diancarkan di Lumut!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Kapal Tempur Pesisir (LCS) 2, Raja Muda Nala dibina oleh LUCAS untuk gagah dalam menjaga maritim negara.


Kapal Tempur Pesisir (LCS) kedua negara yang diberi nama Raja Muda Nala telah dilancarkan secara rasmi dalam satu upacara penuh istiadat oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman di Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS), Lumut, Perak pada 3 Julai 2025.

Upacara ini diserikan dengan keberangkatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari mewakili Menteri Pertahanan; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar; dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain.

Upacara ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam Program Kapal Tempur Pesisir (LCS), yang membuktikan keupayaan tempatan dalam pembinaan kapal ketenteraan berteknologi tinggi demi kedaulatan maritim negara.

Program ini akan terus memperkasa kedaulatan maritim negara dan memperkukuh keupayaan pertahanan masa hadapan.


Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman melancarkan Kapal Tempur Persisir LCS 2 sambil diperhatikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah di Lunas, Lumut, Perak.


Kapal Tempur Pesisir dibina berdasarkan reka bentuk korvet Gowind 2500 yang dibangunkan oleh Naval Group. Kelas Maharaja Lela adalah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) paling canggih direka untuk operasi maritim 4 dimensi.

Nama Raja Muda Nala dipilih bagi menghormati pewaris takhta Selangor yang sinonim dengan keberanian, kepahlawanan dan semangat juang dalam mempertahan kedaulatan negeri.

Penamaan ini melambangkan kesinambungan warisan kepahlawanan diraja dengan usaha pertahanan maritim negara masa kini menjadikan Raja Muda Nala sebagai simbol keazaman, keberanian dan semangat mempertahan kedaulatan.

Menurut Pengarah Projek LCS LUNAS, Kapten (B) Rosnizam Che Puteh,  Ujian Penerimaan di Pelabuhan (Harbour Acceptance Trials) dijadual bermula pada Januari 2026 dan diikuti dengan Ujian Penerimaan di Laut (Sea Acceptance Trials) pada September 2026. Penyerahan Fizikal LCS 2 pula dirancang pada April 2027.

Kehadiran para pemimpin tertinggi pertahanan ini mencerminkan sokongan padu terhadap kesinambungan Program LCS dan keyakinan terhadap keupayaan industri pertahanan tempatan.


Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri bergambar di depan Kapal Tempur Pesisir LCS 2, Raja Muda Nala di Lumut, Perak.

Pelancaran Raja Muda Nala mencerminkan komitmen berterusan LUNAS untuk terus ke arah Defining Excellence di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Azhar Jumaat.

Ia merupakan satu lagi langkah penting dalam menyiapkan pembinaan kapal-kapal LCS, selaras dengan misi untuk memperkukuh industri pertahanan negara dan mengangkat Malaysia sebagai pemain utama pada peringkat serantau.

Menurut Ir. Azhar Jumaat, pencapaian ini mencerminkan pendekatan secara 'Whole-of-Nation' dalam memperkukuh kedaulatan maritim negara. - KitaReporters

5
8
0
11
0
You will be interested