Alam Canggih 30 Sep, 2020

Jualan kuih loyang laris! Hanya guna grup bisnes WhatsApp je

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawan peringkat negeri Terengganu

Share this

MENGHASILKAN keuntungan menerusi sesuatu perniagaan dengan pelbagai cara dilakukan bagi memikat hati pengguna amat menyeronokkan apabila produk makanan misalnya yang dipasarkan itu mendapat sambutan yang memuaskan daripada orang ramai. : KitaReporters

KEMBANG Ibrahim atau Kak Ani bersama Kuih Loyang U'Bannya yang kini jualannya semakin laris di pasaran.


Lagi cerita-cerita berkaitan kuih:

https://kitareporters.com/search?search=kuih


Malah itu  bukan sahaja mengembirakan hati seseorang pengusaha makanan tetapi ia dapat menambahkan lagi ramai kenalan dalam bidang perniagaan sekiranya setiap produk makanan seperti kuih karipap, bahulu, kerepek bawang dan kuih loyang dijual menerusi grup bisnes (kumpulan perniagaan) dalam aplikasi media sosial, WhatsApp.

Hal ini diakui seorang pengusaha kuih loyang, Kembang Ibrahim, 50, bahawa perniagaan dengan menjual barangannya melalui grup bisnes itu amat menguntungkan sehingga beliau mampu memperolehi jualannya sehingga RM20,000 sebulan pada musim perayaan.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Kak Ani berkata, sehingga kini ahli grupnya melebihi 100 ahli dari pelbagai negeri termasuk Terengganu serta Kelantan yang bertindak selaku wakilnya untuk menjual kuih loyang itu di kawasan mereka. 

Kak Ani yang mengusahakan kuih loyang itu di Kampung Apal, Besut, Terengganu memberitahu mereka yang menjadi ahli-ahlinya dalam grup berkenaan akan menjual kuih loyang itu dan mereka sendiri yang akan menghantar barangan itu kepada para pembeli.

KUIH Loyang yang siap dibungkus di bengkel Kak Ani Kampung Apal, Besut, Terengganu.


``Dalam bisnes grup ini, mereka (ahli-ahli) bukan sahaja boleh menempah kuih saya tetapi kami juga dapat berbincang demi kebaikan produk makanan kakak supaya cita rasanya sedap dan sentiasa mendapat tempahan di kalangan masyarakat. 

``Mereka sebagai wakil kakak untuk memasarkan kuih ini dan perniagaan seperti ini boleh menjimatkan kos perbelanjaan kerana kakak tidak perlu menyediakan sebuah kedai untuk menjual barangan ini sebaliknya hanya menyediakan sebuah bengkel yang terletak berhampiran rumah,'' katanya ketika ditemui.

Kiuh loyang yang juga dikenali dengan nama panggilan kuih sarang tebuan bagi orang Kelantan dan bunga durian untuk orang Terengganu kini ia mula meluas pasarannya ke  negeri lain seperti Kuala Lumpur, Kedah, Pahang, Perak dan Johor. 

Produk makanan yang enak dimakan serta `krup, krap dimakan' itu diperbuat daripada tepung beras, santan, telur, kacang, gula dan garam dijual dengan harga RM5 sebungkus yang mengandungi 50 keping

KAK Ani sedang memasak kuih loyang bersama dua orang pekerjanya.


Bengkel kuih loyang Kak Ani itu mempunyai lima tenaga pekerja dan setiap hari mampu mengeluarkan produk berkenaan 100 bungkus hingga 200 bungkus sehari selain bergantung kepada tempahan ahli-ahlinya.

``Saya melihat berniaga seumpama ini amat bagus kerana kerana saya tidak perlu modal yang besar untuk membuka sebuah kedai dan saya juga tidak perlu ke sana sini untuk  menjual kuih-kuih saya di kedai atau pasar raya dan ia secara tidak langsung dapat menjimatkan masa untuk saya memberi perhatian kepada bengkel sahaja.

``Jualan kuih ini boleh dikatakan  sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sebulan tetapi permintaan kuih ini boleh meningkat kepada RM20,000 sebulan terutamanya pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha ,'' katanya yang telah menjalankan perniagaan berkenaan sejak lebih tiga tahun yang lalu.

KUIH loyang yang ditempah oleh ahli-ahli grup bisnesnya. 


Sebelum itu, Kak Ani memulakan perniagaan berkenaan secara kecilan dengan menjual barangan makanan itu di sekitar daerah Besut dan Setiu sehingga mempeluaskan jualannya ke negeri lain selepas mendapat sokongan dalam kalangan rakan-rakannya. 

Walaupun mendapat persaingan dengan pengusaha lain, namun produknya yang turut mendapat bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Daerah Besut sejak dua tahun lalu tetap tidak terjejas, malah jualannya tetap seperti biasa kerana pengedarnya daripada ahli grup bisnes itu sentiasa berusaha untuk memajukan jualan makanan itu. - KitaReporters

14
2
1
0
2
You will be interested

Terengganu nafi 39 penduduk dijangkiti varian Delta! Hati-hati dengan berita palsu dan COVID-19!

Kerajaan Terengganu nafi kononnya terdapat 39 pesakit COVID-19 varian Delta menjangkiti penduduk di sekitar kawasan perumahan Kuala Ibai, dekat Kuala Terengganu

Buah durian dalam durian! Aneh, mengejutkan! Ditemukan warga emas! Semua itu kuasa Allah jua!

Buah durian dalam durian, itulah ungkapan yang agak aneh selain mengejutkan bagi warga emas, Baharuddin Ishak, 70, dari Desa Puding Besar, Bangka di Belitung
Adnan Mohamad in Alam Canggih 5 hours ago

Kerana terlalu mengantuk! Lelaki tertelan berus gigi! Terpaksa jalani pembedahan gastrokopik!

GARA-GARA terlalu mengantuk, seorang lelaki di China tertelan sebatang berus gigi plastik sepanjang 15cm. Akibatnya dia terpaksa jalani pembedahan gastrokopik
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 9 hours ago

Mahir Cakna! Program Wakaf Komputer Riba! Planet Mahir bantu pembelajaran online pelajar B40!

Menyedari masalah pembelajaran dalam talian dihadapi pelajar golongan B40, Planet Mahir ambil inisiatif beri bantuan peranti melalui Program Wakaf Komputer Riba
Editor 1 in Alam Canggih 10 hours ago

Kes harian positif COVID-19 meningkat mendadak! Terengganu buka PKRC ke-7! Mungkin ke-8, ke-9?

Terengganu buka satu lagi PKRC susulan peningkatan mendadak kes positif. Beroperasi di Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan (IPGSM) di Bukit Keluang, Besut
Mohammad Ishak in Alam Canggih 23 hours ago