Alam & Sains 28 Nov, 2025

Trash4Cash! Trash4Education! Tabika dan taska Perpaduan berjaya kumpul 350kg barangan kitar semula!

Share this

Memang betul kata pepatah, melentur buluh biar daripada rebungnya. Syabas dan tahniah kepada semua tabika dan taska di bawah seliaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) daerah Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap, Kedah.


Para guru dan penganjur bersama promo program Trash4Cash.

Antara barangan kitar semula yang dihimpun dan dikumpulkan melalui program Trash4Cash Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Tabika dan taska tersebut telah berjaya mengumpulkan sebanyak 350 kilogram (kg) barangan kitar semula melalui Program Trash4Cash Balas Budi Tabika dan Taska Perpaduan Recycling Championship (Kejohanan Kitar Semula).

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen pertandingan kitar semula yang bermula pada 1 Oktober 2025  sehingga 31 Disember 2025.

Pertandingan ini dibuka secara meluas kepada semua tabika dan taska di bawah seliaan JPNIN dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi kategori pemenang pengumpulan tertinggi untuk murid, guru serta kategori antara tabika dan taska.


Pelajar dan guru bersama barangan terbuang yang berjaya dikumpulkan.

Lagi barangan kitar semula yang berjaya dikumpulkan.

Sebahagian lagi barangan terbuang yang berjaya dihimpunkan.

Melalui program ini setiap botol, kertas dan tin terbuang menjadi nilai kebajikan dan disalurkan melalui Trash4Protection sebagai insurans perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga serta Trash4Education untuk masa depan yang lebih gemilang.

Program 'Balas Budi' ini juga adalah sebuah inisiatif mulia di bawah Program Rejuvenasi Alor Setar Lestari.

Program berkenaan membawa erti pengorbanan dan kasih sayang serta membina kemenjadian dan sahsiah anak seawal 4 tahun yang dididik dan diajar memahami erti kebersihan, mengumpul bahan kitar semula,membentuk hati yang penyayang serta insan yang bertanggungjawab. - KitaReporters


Barangan kitar semula yang telah berjaya dikumpulkan para pelajar dan guru.

Para pelajar dan guru tabika dan taska bersama 350 kilogram barangan kitar semula yang telah berjaya dikumpulkan.

10
11
0
11
0
You will be interested