Syabas dan tahniah kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) yang mengambil inisiatif serius melalui program CSR (corporate social responsibility) bersama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Malaysian Spanish Institute (MSI) membersihkan alam sekitar di Taman Kelulut Komuniti dan Akuaponik, MPKK pada 25 November 2025.

Kredit foto: FB MPKK
Seringkali aktiviti gotong-royong dilaksanakan di kawasan kediaman, pantai dan seumpamanya. Namun begitu kali ini ia agak berbeza apabila taman kelulut menjadi pilihan.
Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan terbabit bertujuan untuk membersihkan semula kawasan Taman Kelulut Komuniti bagi memastikan persekitaran kelulut tersebut beroperasi dalam persekitaran yang sihat dan kondusif.
Amat bersemangat apakala penyertaan kali ini turut melibatkan para pelajar, kakitangan UniKL MSI serta pegawai dan anggota MPKK daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat.


Kredit foto: FB MPKK
Selain itu. program ini turut menyelitkan kempen kesedaran mengenai integriti dan antirasuah, yang merupakan fokus penting bagi agensi kerajaan seperti MPKK.
Antara tujuan utama kempen ini adalah untuk menyemai kesedaran dan nilai-nilai antirasuah dalam kalangan peserta dan komuniti.
Ini sejajar dengan usaha MPKK untuk menjadi sebuah badan pentadbiran yang cekap, telus, dan berintegriti.
Ini memastikan program CSR bukan sahaja memberi manfaat fizikal kepada alam sekitar tetapi juga nilai moral kepada masyarakat.

Program CSR kali ini terbukti berjaya menyatukan agenda kelestarian alam sekitar serta pembangunan komuniti.
Ternyata melalui aktiviti sebegini memperlihatkan kesungguhan dan kepedulian institusi pendidikan dalam menyumbang kepada masyarakat di samping memberi pendedahan amali kepada pelajar mengenai khidmat komuniti dan nilai kelestarian alam. - KitaReporters


Kredit foto: FB MPKK