Alam & Sains 03 Dec, 2025

Keselamatan Online| Ibu bapa Malaysia unggul lindungi kanak-kanak! Menurut laporan Indeks CPC 2025!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Malaysia diiktiraf sebagai antara negara terbaik dalam perlindungan kanak-kanak siber melalui laporan Indeks Perlindungan Kanak-Kanak dalam Alam Siber (Child Protection in Cyberspace atau CPC) 2025 yang diumumkan pada persidangan antarabangsa Global Cybersecurity Forum (GCF) berlangsung di Riyadh baru-baru ini. 



Laporan CPC itu menempatkan Malaysia dalam kategori “Ibu Bapa Menyokong”, sebaris dengan negara maju seperti Australia, Singapura dan UAE, hasil keprihatinan ibu bapa dalam mendidik, memantau dan melindungi anak daripada ancaman digital.

CPC Index dibangunkan oleh Yayasan GCF dan Institut DQ berdasarkan data lebih 800,000 peserta dari 80 negara, menilai enam kelompok termasuk kanak-kanak, ibu bapa, sekolah, syarikat, kerajaan dan infrastruktur teknologi. 


Persidangan antarabangsa Global Cybersecurity Forum (GCF) yang berlangsung di Riyadh baru-baru ini. 


Data global menunjukkan 76% kanak-kanak berdepan sekurang-kurangnya satu risiko siber selepas COVID, manakala kadar risiko keseluruhan kekal tinggi sejak lapan tahun lalu. 

Negara berpendapatan tinggi mencatat prestasi lebih baik, namun Malaysia -- walaupun negara berpendapatan pertengahan atas --menonjol melalui kekuatan ibu bapa dalam membanteras ancaman siber dalam kalangan anak-anak.

Keberhasilan ini dipacu oleh program celik digital komuniti, inisiatif sekolah dan penglibatan agensi seperti CyberSecurity Malaysia. 



Indeks turut menyenaraikan negara lain yang cemerlang dalam bidang khusus seperti kemahiran digital kanak-kanak (Australia, Singapura) dan peranan kerajaan serta syarikat (UK, Korea, Jerman). 

Malaysia bakal menggunakan Toolkit Nasional CPC untuk menilai jurang dasar dan mengukuhkan keselamatan digital. 

Inisiatif global ini, diterajui kerajaan Arab Saudi dengan menyasar pengurangan risiko siber kanak-kanak sebanyak 15% dalam lima tahun. 

Pakar menekankan kejayaan Malaysia sebagai permulaan penting namun memerlukan tindakan holistik merangkumi dasar, pendidikan dan industri teknologi.

Inisiatif ini juga selaras dengan Perjanjian Masa Depan PBB (UN Pact for the Future) yang disokong oleh 193 negara, termasuk Malaysia, dalam usaha mewujudkan dunia digital yang lebih selamat dan adil untuk generasi akan datang.



Pakar tempatan menyifatkan pencapaian Malaysia dalam kategori ibu bapa sebagai permulaan yang baik, namun menyeru lebih banyak tindakan bersepadu daripada kerajaan Madani pada peringkat dasar, sekolah dan industri teknologi untuk memastikan keselamatan kanak-kanak ditangani secara holistik. - KitaReporters/Kenyataan Media

20
14
0
12
0
You will be interested