Alam & Sains 27 May, 2021

Berita Terkini| Buka akaun Tabung Haji secara online! Platform terbaharu! VAO menerusi THiJARI

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Orang ramai kini boleh membuka akaun Tabung Haji secara dalam talian 


ORANG ramai kini boleh membuka akaun Tabung Haji (TH) secara dalam talian melalui platform terbaharu iaitu Pembukaan Akaun secara Maya (VAO) menerusi pautan dan aplikasi THiJARI yang diperkenalkan oleh Lembaga Tabung Haji.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad, berkata VAO membolehkan rakyat Malaysia beragama Islam membuka akaun TH dengan lebih mudah di mana sahaja mereka berada dan ia sebahagian inisiatif transformasi digital TH.

"Bakal pendeposit perlu layari laman web www.thijari.com.my (dan klik - Tiada Akaun TH? BUKA SEKARANG), kemudian isi butiran lengkap secara dalam talian. Seterusnya hadir di mana-mana cawangan TH  bagi pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.

"Inisiatif ini memudahkan urusan pembukaan akaun baharu, masa untuk membuka akaun juga disingkatkan dari 15 minit ke satu minit. Pendeposit diberi keutamaan di cawangan TH kerana telah lengkapkan permohonan terlebih dahulu.

"Bakal pendeposit perlu patuhi syarat pembukaan akaun. Hanya perlu bawa MyKad dan amaun deposit permulaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada 27 Mei 2021.

Tambah beliau, pendeposit yang mempunyai anak kandung berusia bawah 18 tahun juga boleh membuka akaun kanak-kanak menerusi THiJARI. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
1
0
0
0
You will be interested