Alam & Sains 25 Apr, 2022

Syabas SK Jalan 4 Bangi! Wujud PPV sendiri! Kekang penularan COVID-19! Bersama Hospital Az Zahrah!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MEMAHAMI kepentingan vaksin terhadap murid-murid selain mengekang penularan COVID-19, pengurusan Sekolah Kebangsaan Jalan 4, Bangi, mengambil inisiatif untuk mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) sendiri.

Semuanya bertujuan untuk memberi perlindungan tambahan kepada 2,408 murid sekolah terbabit

Langkah itu diambil kerana menyedari kemungkinan berlakunya peningkatan kes COVID selepas Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi selain memudahkan ibu bapa mendapatkan suntikan vaksin untuk anak masing-masing tanpa perlu ke PPV. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan suntikan vaksin



Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang juga penyelaras program itu Hamizon Hamid berkata, pihaknya telah berhubung dengan beberapa pihak iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sebelum Hospital Az Zahrah dilantik sebagai pelaksana program PPV School Outreach itu.

“Kami mahu pastikan semua murid kami sekurang-kurangnya mendapat satu dos vaksin menjelang raya kerana selepas Aidilfitri kemungkinan besar kes akan naik, kita tidak boleh jangka perkara itu.

“Walaupun sudah masuk ke fasa peralihan endemik tetapi masih berlaku jangkitan. Jadi, untuk kurangkan risiko (penularan dalam sekolah), kita wujudkan PPV sendiri agar murid mendapat akses terhadap vaksin,” katanya.

PPV SK Jalan 4 kini menjadi pusat yang pertama dibangunkan pada peringkat sekolah di kawasan Bandar Baru Bangi dan beroperasi selama empat hari iaitu pada 21, 23, 27 dan 28 April 2022 ini bermula jam 9 pagi hingga 3 petang. 



Sementara itu, penyelaras PPV SK Jalan 4 dari Hospital Az Zahrah, Azzah Suboh berkata, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) selama empat hari itu menyasarkan 1,200 dos suntikan.

Bagaimanapun, program tersebut turut dibuka terbuka kepada komuniti setempat yang ingin mendapatkan dos kedua atau dos penggalak.

“Ini kali pertama kita bekerjasama dengan pihak sekolah untuk beri vaksin di ‘on site’ (lokasi).

“Sebelum ini kita hanya beri vaksin di hospital, dan bila dijemput untuk buat PPV di sekolah, kita teruja dan gembira sangat dapat diberi peluang,” katanya. - KitaReporters


 

13
9
0
13
0
You will be interested