Alam & Sains 08 Nov, 2022

Terbaiklah APR Electronic, APU! Tandatangan MoU! Promosi tek hijau, kurangkan sisa bahan elektronik!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


APR Electronic Services Sdn Bhd bekerjasama dengan Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU) untuk mengurangkan pembuangan sisa bahan elektronik dan jejak karbon di kampus sambil menggalakkan belia khususnya mahasiswa universiti bagi membangunkan teknologi elektronik yang lebih mampan tanpa memudaratkan alam sekitar

Dengan kemajuan perubahan sains dan teknologi yang begitu pantas, keperluan orang ramai terhadap peranti elektronik juga semakin meningkat dan permintaan yang luar biasa dari tahun ke tahun. 

Walaupun kemajuan teknologi telah memberi banyak kemudahan kepada manusia, ia juga menimbulkan pelbagai masalah terutama sekali terhadap pengurusan sisa bahan elektronik yang tidak teratur dan tidak mengikut etika yang sepatutnya telah membawa kepada kemusnahan alam sekitar secara meluas. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan teknologi hijau


Pada tahun 2020, beberapa agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah bersama-sama mengeluarkan "Pemantauan Sisa Bahan Elektronik - Global 2020"

Menurut data penyelidikan, pada tahun 2019, sejumlah 53.6 juta tan sisa bahan elektronik telah dihasilkan di seluruh dunia, dan telah memecah rekod dalam sejarah

Bukan itu sahaja, jumlah sisa bahan elektronik global telah meningkat sebanyak 21 peratus sejak 2014 dan diunjurkan meningkat kepada 74.7 juta tan menjelang tahun 2030. Jumlah ini amat mengejut dan membimbangkan. 

Menurut "Laporan Pemantauan Sisa Elektronik - Global 2020" terkini, kadar kitar semula dan penggunaan semula sisa bahan elektronik global hanya 17.4 peratus, dan kebanyakan selebihnya pergi ke tapak pelupusan

Ini bukan sahaja akan membawa kepada pembaziran sumber, tetapi yang lebih penting, jejak karbon produk elektronik juga merupakan bahaya besar dan ancaman kepada kesihatan manusia khasnya. 



Sejak dibuka 22 tahun yang lalu, APR Electronic Services terus membangunkan industri teknologi hijau bagi menyedarkan masyarakat atau orang ramai betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan menyahut seruan tersebut iaitu membaiki dan memasarkan semula peralatan elektronik terpakai secara komersial

Sehubungan itu, APR Electronic Services dan APU bersama-sama mempromosikan teknologi hijau dalam usaha mengurangkan sisa bahan elektronik bagi menyelesaikan masalah yang telah diutarakan oleh PBB berdasarkan laporan rasmi yang dikeluarkan sebanyak 53.6 juta tan sisa elektronik dihasilkan di seluruh dunia pada setiap  tahun.  

Sebagai salah satu syarikat komputer dan produk elektronik yang memfokus terhadap membaik pulih dan memperbaharui komputer riba dan telefon pintar yang terbesar di Malaysia, APR Electronic Services bukan sahaja menyumbang kepada penjagaan alam sekitar, malah memberi  manfaat kepada ramai keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang mampu, agar mereka  tidak terputus hubungan daripada masyarakat luar di mana segalanya memerlukan teknologi rangkaian internet dalam pengunaan kehidupan seharian.  



Tujuan utama APR Electronic Services bekerjasama dengan APU pada 1 November 2022 lalu adalah untuk mempromosikan bagi melindungi alam sekitar, berasaskan matlamat utama untuk mengurangkan jejak karbon dengan bermula di  universiti khasnya, di samping menggalakkan jiwa keusahawanan dalam kalangan belia bagi mempromosikan kesedaran tentang teknologi hijau secara meluas.  

Selain itu, kedua-dua pihak juga akan melaksanakan projek yang dipanggil sebagai "Tech  Murah" bagi menyediakan latihan industri kepada pelajar-pelajar sekolah, menyampaikan pengetahuan mengenai barangan elektronik secara profesional, dan menyediakan peralatan elektronik secara praktikal untuk meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar tentang teknologi hijau. 

Portal techmurah.com, tapak web e-dagang yang dibangunkan dan dimiliki sepenuhnya oleh APR Electronic Services, ialah platform e-dagang B2C yang menawarkan komputer riba dan telefon pintar yang diperbaharu secara profesional dan murah



Sehubungan itu, tanda tangani MOU telah diadakan di APU pada tanggal 1 November 2022 lalu berlokasi di APU, Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.  

Kempen ini bagi memastikan dan membantu bagi menyelamat bumi dalam mengurangkan sisa bahan elektronik dan jejak karbon, di samping bagi menggalakkan orang ramai untuk  bekerjasama mewujudkan persekitaran hijau yang lebih baik. 

Jika anda berminat untuk  menyertai dan menyumbang kepada alam sekitar, anda boleh menghubungi orang yang  bertanggungjawab (Eddy) menerusi talian 0132381565 untuk membuat janji temu. - KitaReporters/Kenyataan Media


16
9
0
12
0
You will be interested