Alam & Sains 24 Aug, 2025

Syabas IPD Seberang Perai Utara! Lebih 100 anggota bersihkan surau, rumah Perkep, kawasan sekitar!

Share this

Anggota PDRM IPD SPU sedang bergotong royong membersihkan kawasan sekitar.

Semak samun dan tumbuhan liar turut dibersih dan dikemaskan.

Terbukti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, malah mereka juga tidak sunyi dengan aktiviti kemasyarakatan dan kepedulian terhadap kebersihan dan alam sekitar sama ada dalam kawasan bertugas dan kediaman mahupun sebaliknya.

Terkini mereka segera turun padang melalui program pembersihan bagi memastikan kawasan persekitaran yang luas berada dalam kondisi yang senantiasa bersih, sihat dan tenang.


Membanting tulang bersama melancarkan program gotong-royong Perdana IPD SPU.

Tugas dibahagikan antara anggota bagi melancarkan program pembersihan.

Syabas dan tahniah  kepada 110 anggota PDRM, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) yang telah sanggup turun padang pada 22 Ogos 2025 bagi membersihkan kawasan Surau Nurul Aman IPD, SPU dan juga membersihkan Rumah PERKEP serta kawasan luar bangunan Dewan Temenggong.

Antara anggota yang turut terlibat membahagikan tugas masing-masing supaya perjalanan program berjalan dengan lancar dan sempurna.

Mereka yang terlibat juga membersihkan kawasan semak samun dan sampah sarap sekitar kawasan terbabit sejak awal pagi.


Terbukti perjalanan program berjalan dengan mudah dan lancar.

Antara anggota yang turut membersihkan semak samun kawasan terbabit.

Sementara itu anggota yang terlibat ialah Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

Manakala pegawai penyelaras program ialah ASP Mahathir Mohd Salleh, Ketua Blok IPD SPU dan dibantu juga oleh Inspektor Valentine Ivong serta Ketua Cawangan TSM (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat), IPD SPU. - KitaReporters


Anggota PDRM yang turut sama menjayakan program gotong-royong Perdana.

15
14
0
15
0
You will be interested