SEBANYAK 20 buah pasar tani di seluruh Negeri Sembilan dan ini kali pertama pasar tani yang diarahkan tutup.
PASAR Tani Ampangan di Seremban, Negeri Sembilan diarah tutup sementara bagi mengelakkan penularan Covid-19 selepas ada laporan kes positif Covid-19.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) Negeri Sembilan, Asmizal Jaafar berkata, arahan penutupan itu atas
nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Pengoperasian semula pasar tani ini yang
dijadualkan pada 25 Mei (2021) depan akan dimaklumkan dari masa ke masa tertakluk
kepada arahan KKM dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Terdapat 20 buah pasar tani di seluruh Negeri
Sembilan dan ini kali pertama ada pasar tani yang diarahkan tutup sejak kita
buka secara berperingkat-peringkat pada Jun 2020," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian, Selasa 18 Mei 2021.
Menurutnya, FAMA sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi semua peniaga dan turut mendapat kerjasama daripada PBT, polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi melakukan pemantauan.
Bagi tujuan keselamatan, kanak-kanak berusia bawah 12
tahun dan warga emas tidak dibenarkan masuk ke kawasan pasar tani.
"Malah peniaga juga digalakkan beralih kepada
sistem pembayaran tanpa tunai bagi mengurangkan transaksi secara sentuhan
tangan.
"Kita dapati dah ada peniaga yang menyediakan kemudahan pembayaran cashless (pembayaran tanpa tunai) dan kalau boleh, kita mahu lebih ramai berbuat demikian," katanya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan, Asmizal Jaafar berkata, arahan penutupan itu atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).