Alam & Sains 21 May, 2021

Berita Terkini| MSN arah 355 atlet pulang ke rumah! Perlu kekal di kediaman sehingga tamat PKP!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan… Para atlet yang diarahkan pulang ke rumah tetap jalani latihan di kediaman masing-masing dan dipantau perkembangan secara dalam talian.


SEBAGAI usaha membendung penularan Covid-19 dalam kalangan atlet, jurulatih dan pegawai, Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengarahkan seramai 355 atlet daripada 695 atlet kebangsaan pulang ke kediaman masing-masing.

Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin berkata mereka yang terlibat terdiri daripada atlet pelapis dan tidak menyertai sebarang kejohanan penting pada tahun ini.

“Kesemua atlet sudah meninggalkan asrama serta venue latihan secara berperingkat-peringkat bermula 7 hingga 12 Mei 2021 dan perlu kekal berada di kediaman masing-masing sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat , 7 Jun 2021.

“Namun sekiranya PKP disambung, kita akan berbincang semula berhubung latihan mereka. Buat masa sekarang mereka tetap berlatih di rumah secara dalam talian,” katanya dipetik Sinar Harian, 21 Mei 2021.

Tambah beliau, bagi memantau perkembangan atlet berada di rumah dan kekalkan kecergasan fizikal sepanjang tempoh PKP mereka perlu ikuti sesi latihan secara dalam talian.

Katanya lagi, atlet di bawah Program Podium masih jalani latihan secara kuarantin di MSN terutama mereka yang sudah melayakkan diri  menyertai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Julai 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan Kompleks Sukan Paralimpik Kampung Pandan kini dalam perancangan bagi dijadikan pusat kuarantin untuk atlet kebangsaan yang dijangkiti Covid-19. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
1
0
0
You will be interested