Alam & Sains 07 Mar, 2021

Video| Bahang cuaca panas kering bawa hujan lebat, angin ribut badai Sepang! Penangan El Nino?

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Ribut kuat dan hujan lebat melanda beberapa kawasan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang petang Sabtu, 6 Mac 2021 telah merosakkan kediaman dan kenderaan penduduk-penduduk taman perumahan tersebut. - Kredit foto FB warganet.


HUJAN lebat berserta angin kencang yang melanda kira-kira jam 5 petang sabtu, 7 Mac 2021 di beberapa kawasan daerah Sepang, Selangor telah membawa pelbagai kerosakan bangunan kediaman atau rumah penduduk seperti tercabut bumbung, tingkap pecah dan kenderaan ditimpa pokok tumbang yang terletak di sekitar taman perumahan mereka. 

Apakah ini penangan fenomena El Nino (cuaca panas kering) yang akan berakhir Mac 2021 ini?


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan cuaca:

https://kitareporters.com/search?search=cuaca


Video| Fenomena hujan batu di Cheras ketika cuaca panas melanda! Ikuti penjelasan MetMalaysia

Kredit foto: FB Eyza Zakiey


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sebanyak sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga berikutan cuaca panas dan kering melanda di negara ini.

Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian dari 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Sepang, Tampin, Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin, Tangkak dan Batu Pahat.

Sepang dikatakan akan mengalami hujan lebat dan ribut petir di satu dua  kawasan sehingga 13 Mac 2021.  

Sebelum itu, Ketua Pengarah MetMalaysiaJailan Saimon berkata negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut dengan cuaca panas kering (El Nino) dan akan berakhir pertengahan Mac 2021. 

Suhu tertinggi pernah dicatatkan setakat ini adalah 36.2 darjah Celsius pada bulan Februari 2021 ini.


Pokok tumbang dan menghempap kenderaan penduduk sekitar Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. - Kredit foto: FB Eyza Zakiey.



Sementara itu, sebanyak 17 buah rumah di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang mengalami kerosakan teruk akibat dibadai ribut dan hujan lebat tersebut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM),Daerah Sepang, Mohd Faizal Mohd Sharif dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.30 petang berhubung insiden ribut melanda di Taman Seroja, Taman Dahlia dan Apartmen Casa Dahlia sehingga berlaku banyak pokok tumbang di kawasan parkir dan di atas jalan-jalan raya serta menghempap beberapa kenderaan penduduk.

Seramai 40 anggota daripada pelbagai agensi seperti polis, bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) terbabit dalam operasi membersihkan kawasan kediaman dan mengalihkan pokok-pokok tumbang serta mengangkat khemah-khemah peniaga di kawasan yang terjejas itu.

“Khemah sekatan jalan raya (SJR) di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang turut mengalami kerosakan akibat ribut,” ujar Faizal.


Salah sebuah rumah penduduk di mana bumbung 'awning'nya mengalami kerosakan akibat dilanda angin ribut yang berlaku di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 7 Mac 2021. - Kredit foto: FB Eyza Zakiey.


Dalam pada itu, beberapa fasiliti kerajaan termasuk bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seroja, SK Salak, SK KLIA dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Salak Tinggi turut mengalami kerosakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang, Mohamad Zain A. Hamid ketika diminta mengulas insiden tersebut berkata, dijangka lebih 100 buah rumah atau tempat tinggal turut mengalami kerosakan.

Beliau juga merupakan Pegawai Daerah Sepang berkata, pihaknya akan segera mendapatkan maklumat penduduk terjejas sebelum dimajukan kepada kerajaan negeri bagi memohon bantuan wang ihsan bencana Negeri Selangor.

“Untuk bantuan lain kita cuba dapatkan bantuan dari Pusat Zakat Negeri Selangor setelah semua maklumat mangsa ribut diperolehi nanti,” katanya. - KitaReporters



Sumber:

https://www.facebook.com/search/top?q=salak%20tinggi%20ribut

1
0
7
0
0
You will be interested