Alam & Sains 10 Jun, 2021

F1 in Schools: Peringkat akhir dunia! 6 pelajar SMK DUMA Jelebu antara 16 pasukan terbaik dunia!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


Masih ingatkah para pembaca mengenai kisah yang pernah dilaporkan dalam portal KitaReporters mengenai enam (6) pelajar sekolah dari Jelebu, Negeri Sembilan yang berpeluang mengharumkan nama Malaysia di Kota London?

Laporan bertarikh 28 Februari 2021 itu bertajuk Video| 6 pelajar Jelebu harumkan Malaysia! Dijemput ke final dunia F1 in Schools 2021 di London menceritakan bagaimana para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Undang Musa Al Haj (SMK DUMA) layak mewakili negara untuk ke pusingan akhir peringkat dunia (world final) F1 in Schools 2021 di London.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sekolah menengah

Kredit foto: FB Jalaluddin Alias


Ternyata doa, usaha dan sokongan ramai pihak terhadap enam pelajar SMK DUMA, Jelebu ini membuahkan hasil apabila mereka tidak pulang dengan rasa terlalu kecewa atau gagal dalam pertempuran tersebut.

Menurut sumber dari SMK DUMA, Jelebu, para pelajar yang mewakili Malaysia atas nama FABULOUS9 itu telah memperoleh markah tertinggi dari kalangan empat wakil Malaysia yang turut mengambil bahagian dalam arena antarabangsa tersebut.

FABULOUS9 dari SMK DUMA, Jelebu, Negeri Sembilan ini juga telah berjaya menjadi pasukan kedua tertinggi dalam kalangan negara-negara Asia di kejohanan tersebut.

Dengan memperoleh pungutan markah sebanyak 667.1, FABULOUS9 SMK DUMA, Jelebu, Negeri Sembilan terpaksa akur berada di kedudukan tangga ke-16, berbanding 43 pasukan yang menyertai kejohanan itu.



Antara pihak yang tampil memberi sokongan dan sumbangan kepada pasukan ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Khas Pendidikan Parlimen Malaysia, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Selepas kejayaan ini dimekar, Jalaluddin kelihatan gembira dan menyambut prestasi FABULOUS9 SMK DUMA, Jelebu, Negeri Sembilan ini dengan baik dan bangga.

Melalui satu kenyataan beliau dalam laman Facebook, Jalaluddin mengucapkan tahniah buat enam pelajar berkenaan, para guru pembimbing, pengetua dan pengurusan SMK DUMA, Jelebu, Negeri Sembilan atas kejayaan ini.

"Dengan markah 667.1, anak-anak Jelebu ini berjaya mengalahkan pasukan besar dari negara US, China, Perancis, Sepanyol dan lain-lain negara.

"Yang lebih membanggakan, anak-anak Jelebu ini menjadi pasukan yang mendapat markah paling tinggi berbanding pasukan-pasukan lain dari Malaysia," ujarnya dalam Facebook.



Semoga kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar lain dalam negara kita untuk membudayakan inovasi dan berfikir secara kreatif serta kritis dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) seharian.

Sekali lagi kami di Kitareporters ingin mengucapkan syabas kepada pasukan FABULOUS9 dari SMK DUMA, Jelebu, Negeri Sembilan atas kejayaan ini. - KitaReporters


Kredit foto: F1 in Schools HQ

1
0
0
0
0
You will be interested