Alam Canggih 05 Mar, 2021

Video| Selepas Awang Rasau, Black Panther Nogori pula ditangkap! Harimau kumbang ke-2 ditangkap

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Perhilitan Negeri Sembilan berjaya menangkap seekor harimau kumbang atau Black Panther jantan seberat 50kg di Kampung Ulu Nuri, Johol, Negeri Sembilan. - Kredit foto Perhilitan Negeri Sembilan.


Baru-baruini heboh cerita pasal seekor harimau dewasa seberat 160 kilogram (kg) bergelar Awang Rasau dikatakan kebal dengan kesan tembakan lima butir peluru berjaya ditangkap pada 22 Februari 2021 lalu oleh Jabatan Perhilitan Hidupan Liar dan TamanNegara (Perhilitan) Negeri Terengganu di ladang  kelapa sawit Felda Kertih 3, Dungun, Terengganu. 

Terkini, peristiwa yang sama berlaku pada 3 Mac 2021, apabila pihak Perhilitan Negeri Sembilan berjaya menangkap seekor harimau kumbang setelah memasang perangkap sejak 23 Februari 2021 lalu hasil aduan dan maklumat penduduk sekitar Kampung Ulu Nuri, Johol, Negeri Sembilan.

Ini adalah harimau kumbang yang kedua yang berjaya ditangkap oleh Perhilitan Negeri Sembilan. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan haiwan:

https://kitareporters.com/search?search=haiwan


Harimau Awang Rasau kebal! 5 butir peluru dalam badan! Dirawat di pusat menyelamat Perhilitan

Anggota-anggota Perhilitan membawa harimau kumbang tersebut dengan kenderaan pacuan empat roda ke ibu pejabat Perhilitan Negeri Sembilan untuk direkodkan data sebelum dilepaskan semula ke habitat asal haiwan tersebut. - Kredit foto Perhilitan Negeri Sembilan.


Sebelum ini, pihak jabatan Perhilitan juga telah  berjaya menangkap seekor harimau kumbang di lokasi lain di Negeri Sembilan.

Pada 22 Disember 2020, Perhilitan Negeri Sembilan telah berjaya menangkap seekor harimau kumbang jantan seberat 47kg di Kampung Tengah, Seri Menanti, Kuala Pilah selepas mendapat aduan penduduk kampung itu tentang kematian dua ekor lembu yang dibaham oleh harimau kumbang itu. 

Dalam tangkapan terbaharu, Perhilitan berkata pihaknya menerima aduan penduduk kampung tersebut pada 22 Februari 2021 yang mendakwa seekor harimau kumbang sedang berlegar-legar di kawasan kampung tersebut, sekali gus mendatangkan kebimbangan dan ketakutan kepada penduduk kampung dan kawasan sekitarnya. 

Anggota Perhilitan kemudiannya terus memasangkan perangkap di kawasan sekitar yang disyaki adanya haiwan tersebut. 


Seekor harimau kumbang yang ditangkap oleh Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Ulu Nuri, Johol, Kuala Pilah akan diperiksa tahap kesihatan haiwan itu sebelum dilepaskan ke kawasan habitat asal. - Sumber foto orang awam 



“Setelah lapan hari menunggu akhirnya harimau kumbang jantan seberat 50 kilogram (kg) itu telah masuk ke dalam perangkap pada 3 Mac 2021,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Tambah kenyataan itu lagi, harimau kumbang itu dalam keadaan sihat dan pihak Perhilitan akan melepaskan semula haiwan yang dilindungi itu ke kawasan habitat asalnya nanti.

Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun, pihaknya telah menerima aduan penduduk kampung (Ulu Nuri, Johol) berikutan seekor kambing milik salah seorang penduduk telah dibaham oleh harimau kumbang berkenaan.

Dengan tertangkap haiwan liar itu, beliau berharap penduduk kampung tersebut akan berasa lega dan selamat memandangkan tiada lagi ancaman dan gangguan pada masa akan datang.

Operasi tangkapan itu melibatkan kakitangan Pejabat Perhilitan Gemas dan Jempol, serta Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan.


Pada 22 Disember 2020, seekor harimau kumbang memasuki perangkap dipasang oleh Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Tengah Seri Menanti, Negeri Sembilan. - Kredit foto: Perhilitan 


Satu kajian dilakukan oleh seorang penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 2018 di kawasan TasikKenyir, Terengganu mendapati bahawasetiap 100 kilometer persegi (38.6 batu persegi) hanya tiga ekor sahaja harimau kumbang yang dijumpai. 

Jika ditinjau keseluruhan keluasan kawasan sekitar Tasik Kenyir iaitu kira-kira 60,000 hektar didapati hanya tinggal lapan belas ekor sahaja harimau tersebut. 

Ini bermakna spesis Black Panther Asia dan Afrika (Panthera pardus) kini diancam kepupusan yang serius. - KitaReporters



Sumber:

https://youtu.be/MdeawQt9cO8

Facebook Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia

https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/harimau-kumbang-masuk-perangkap-lagi-di-kuala-pilah/

(Sumber: https://soscili.my/haiwan-pupus-malaysia/) 

0
2
1
0
0
You will be interested

Bantu wanita berniaga! Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenalkan peniagaan jemaah di AEON!

Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenal konsep perniagaan berjemaah dan berkongsi bayar sewa serta letakkan produk di pusat beli-belah seperti cawangan AEON

Yayasan Diraja Sultan Mizan, BSN jalin kerjasama! Micro-i bantu 1K alumni usahawan mikro YDSM!

Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), BSN jalin kerjasama bagi bantu 1,000 orang alumni Usahawan Mikro YDSM (UMY) melalui pembiayaan BSN Micro-i hingga RM5 juta
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago

Madu kelulut! Mula untuk isi masa lapang! Kini Cikgu Roszaidi mampu jana pendapatan tambahan!

Bermula daripada hobi dan isi masa terluang, kini Roszaidi Ramlee dapat hasilkan pendapatan sampingan daripada usahanya ternak lebah kelulut di halaman rumahnya
Rosdi Ismail in Alam Canggih 2 days ago

Musim bah di Terengganu! 3,200 sukarelawan belia, 2,779 petugas pelbagai agensi bersiap siaga!

Bagi menghadapi situasi banjir pelbagai pihak serta agensi berkaitan bertindak mengambil langkah berjaga –jaga memastikan penduduk berada keadaan siap sedia.
Mohammad Ishak in Alam Canggih 4 days ago

Kenaikan harga sayur sementara! Harga telur, ayam naik sebab harga makanan ayam naik - KPDNHEP!

Kenaikan harga sayur adalah sementara. Dijangka alami penurunan apabila keadaan cuaca bertambah baik. Harga telur, ayam naik sebab harga makanan ayam pun naik
Mohammad Ishak in Alam Canggih 6 days ago