Alam & Sains 12 May, 2021

Berita Terkini| Tun M mohon maaf! Tular selepas langgar SOP di Langkawi! Sedia terima tindakan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

 Gambar hiasan... Tun M gagal mengimbas suhu dan mendaftar dengan MySejahtera ketika memasuki kawasan surau di Langkawi.


BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia terima tindakan atas kesalahannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah surau di Langkawi pada 8 Mei 2021.

Menerusi satu kenyataan bertarikh 12 Mei 2021, Dr Mahathir turut mengakui kesilapan dan memohon maaf atas kesalahan tidak mengambil suhu badan sebelum masuk ke dalam Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah, Langkawi.

Menurutnya, beliau balik ke Langkawi bagi memenuhi beberapa program sumbangan Ramadan serta Aidilfitri di kawasan Parlimennya seperti penyampaian sumbangan raya kepada penduduk.

“Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP dan akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan.

“Covid-19 adalah wabak yang serius, penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi semua kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit.

“Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini,” katanya.

Tular dalam media sosial video menunjukkan Dr Mahathir melanggar SOP apabila gagal mengimbas suhu dan mendaftar dengan MySejahtera ketika memasuki kawasan surau  walaupun disediakan alat pengimbas suhu serta kod imbasan MySejahtera. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
2
1
0
1
You will be interested