Alam & Sains 05 Dec, 2020

Kreatif! Sisa plastik jadi batu turap! Atasi pencemaran alam

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

BERBANDING kertas, sememangnya plastik lebih tahan lasak. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan pasar raya menggunakannya sebagai beg untuk meletakkan barang-barang yang dibeli pelanggan. Namun, itu cerita dulu kerana kebanyakan pasar raya kini mengehadkan penggunaan plastik demi menjaga alam sekitar. : KitaReporters


Pencemaran plastik di lautan mendatangkan malapetaka buat hidupan laut. - Kredit foto: Google Image


Lagi kisah-kisah berkaitan plastik:

https://kitareporters.com/search?search=plastik


Pencemaran plastik merupakan isu global yang tidak dapat dielakkan. Hal ini memandangkan plastik digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti seharian di seluruh dunia. 

Bukan sahaja di darat, plastik juga mencemarkan lautan sehingga memusnahkan hidupan di dalamnya.

Biasanya, plastik yang dibuang memerlukan masa sehingga 1,000 tahun untuk terurai. Manakala beg plastik pula mengambil masa di antara 10 sehingga 1,000 tahun.  

Bagi botol plastik pula, masa yang diambil untuk terurai adalah melebihi 450 tahun. 


Sisa sampah plastik dibakar sebelum dijadikan blok paving. - Kredit foto: Kumparan.com


Justeru, pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan penggunaan plastik termasuk mengkitar semula menjadi bahan tertentu.

Mungkin kisah yang berlaku di Indonesia ini boleh dijadikan contoh dan panduan bagaimana plastik dikitar semula menjadi bahan binaan.

Lapor portal Kumparan.com, telah tular satu video TikTok menunjukkan seorang lelaki mengitar semula plastik terbuang menjadi bahan binaan iaitu paving block (bahan turap).

Setelah plastik dicairkan, ia akan dituangkan ke dalam acuan. - Kredit foto: Kumparan.com


Inovasi tersebut sedikit sebanyak membantu mengurangi masalah pencemaran sisa plastik.

Dalam video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @ danyang96, sampah plastik itu dibakar terlebih dahulu. Setelah plastik tersebut cair, ia dimasukkan ke dalam acuan bahan turap. 



Bahan turap biasanya diperbuat daripada bancuhan simen, pasir serta air dan digunakan untuk menutupi permukaan tanah seperti di tempat letak kereta, taman, laluan pejalan kaki atau di halaman rumah.


Beginilah hasil bahan turap yang telah siap. - Kredit foto: Kumparan.com


Jadi, usaha dan kreativiti lelaki ini medapat perhatian netizen yang kagum dengan hasil tersebut. 

Namun, ada juga netizen yang mahu ia diperbaiki lagi kerana asap daripada pembakaran plastik itu juga boleh menyebabkan pencemaran udara. - KitaReporters



Antara komen netizen yang menyarankan agar dikurangkan asap pembakaran. - Kredit foto: Kumparan.com

0
1
0
0
0
You will be interested