Hasil tanaman kunyit dalam pasu masa PKP pertama. - Kredit foto: FB Masak Apa Tak Jadi 0fficial
Berbudi kepada tanah, walau hanya dengan bercucuk tanam dalam pasu, kalau nasib menyebelahi, dapat juga hasilnya. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) 1.0 sekitar Mac 2020 lalu, ramai berjinak dengan kegiatan menanam.
Salah seorang netizen berkongsi kejayaannya bercucuk tanam bermula musim PKP pertama dulu iaitu sekitar 10 bulan lalu dan menjelang PKP 2.0 ini, dia memuat naik hasil tuaian tanaman kunyitnya, menarik perhatian ramai netizen kerana dengan hanya menanam dalam pasu, dapat banyak hasil.
Muat naik itu dibuat dalam laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (Official).
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pertanian:
https://kitareporters.com/search?search=pertanian
“Alhamdullillah rezeki Allah, hasil PKP 1.0 haritu. Tanam dalam pasu bunga ja dua bekas. Sekali bersihkan, hasilnya, tu diaaa, Masyaallah!!! Ni, masak setahun pun tak habis gayanya,” tulis Aida Anis dalam laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (Official).
Ramai seronok melihat hasil tanaman kunyit Aida yang bertambun. Netizen melahirkan rasa kagum dan tidak kurang juga memberi pelbagai tips penggunaan.
Nurul Akma Rushdi : "Sis basuh bersih-bersih, hiris-hiris (tak payah nipis, seinci-inci je dan jemur. Apabila sudah kering betul, hancurkan dengan blender kering, dan ayak. Dapat stok serbuk kunyit organik. Nak beli mahal sis, dah ada depan mata...rezeki.”
Norazlinazura Nazzura : "Sedapnya buat air kunyit."
Oh Ki Na : "Buat jamu tumbuk kunyit 1 inci, asam jawa suku inci dan dua cawan air. Rebus jadi secawan, tunggu suam atau sejuk, kemudian minum. Mantap siot, sembelit pun lega."
Pokok kunyit dalam pasu. - Kredit gambar: Masak Apa Tak Jadi Official
Athiya Ali : "Buat kunyit serbuk sis, basuh, kikis sikit-sikit. Potong halus halus, jemur, dah kering kisar guna heavy duty blender (pengisar). Kalau blender kering biasa tu kasar."
Sharifah Suriwati : "Saya suka makan kunyit muda, jadi tak sempat tua (yang ditanam), dah korek isinya."
Zara Anaqi : "Buat jus jamu campur asam jawa, gula melaka, manjakani dan daun sirih, lepas tu jual sis. Banyak lagi resipi jamu pakai kunyit, cuba sis google."
Wan Zaharah : "Saya punya hari tu bagi kepada jiran, emak mentua, dan selebihnya kisar dengan bawang, serai dan garam, simpan dalam peti sejuk. Nak goreng ayam ikan, terus gaul. So far tahan lama."
Nina Tatiana Raimilan : "Dibuat jamu kunyit la, campur dengan gula merah, air asam jawa dan kencur, pasti sedap."
Hirisan kunyit hidup yang dihiris untuk dijemur untuk dikisar menjadi serbuk kunyit organik. - Kredit foto: FB Masak Apa Tak Jadi Official
Kunyit adalah herba atau rempah alami yang popular dalam kulineri masyarakat Asia. Digemari kerana khasiatnya dan manfaat untuk kesihatan selain sebagai penambah rasa dan pewarna alami.
Menurut laman Halodoc Jakarta, rutin mengambil kunyit berupaya menyihatkan tubuh. Kunyit boleh dibuat minuman seperti teh. Mengandungi pelbagai zat dan vitamin yang baik untuk tubuh, daripada antiperadangan sehinggalah mencegah kanser.
Jamu air kunyit yang dibotolkan. - Kredit foto: FB Masak Apa Tak Jadi Official
Berikut manfaat meminum air kunyit:
- Memelihara Daya Tahan Tubuh - Zat dalam kunyit mampu meningkat kekebalan tubuh dan mencegah kerosakan akibat radikal bebas melalui bahan antioksidan dalam kunyit, dikenali curcumin. Curcumin bertindak sebagai modulator imun, yang membantu mengatur fungsi sel, kekebalan tubuh melawan kanser. Zat lipopolysaccharide dalam kunyit, terkenal dengan sifat anti-bakteria dan anti-virus.
- Melancar Pencernaan dan Menurunkan Berat Badan - Kunyit membantu meningkatkan pencernaan. Beberapa komponen kunyit diketahui merangsang kandung empedu untuk menghasilkan empedu, membuat sistem pencernaan lebih efisien, mengurang gejala kembung dan pengeluaran gas berlebih. Pencernaan yang baik kunci metabolisme sihat, sekali gus menurun berat badan.
Isi kunyit dijadikan serbuk untuk kemudahan dijadikan ramuan untuk masakan dan juga perawatan kulit. - Kredit foto: Islam Itu Indah
- Kunyit Mengurangi Komplikasi Kardiovaskular - Menurut laporan Medical News Today, beberapa penelitian menunjukkan curcumin memiliki khasiat untuk kesihatan jantung dengan bertindak sebagai antioksidan dan antiinflamasi. Kajian 2012 diterbit oleh The American Journal of Cardiology: - Effects of curcuminoids on frequency of acute myocardial infarction after coronary artery bypass grafting mendapati, pengambilan curcumin 4 gram per hari, tiga hari sebelum dan lima hari setelah pembedahan pencangkukan bypass arteri koroner, mengurangi risiko serangan jantung sebanyak 17 peratus.
- Meningkatkan Kesihatan Kulit - Penggunaan pes mengandungi kunyit dalam rawatan kecantikan dan kulit masyarakat India terkenal sejak dahulu. Antioksidan dalam kunyit menghambat kegiatan radikal bebas penyebab penuaan kulit. Justeru minum air kunyit setiap hari membantu kulit lebih bercahaya, sihat, dan awet muda.
- Mencegah dan Mengubati Alzheimer - Curcumin membantu mengurangi situasi neoredegeneratif. Kekuatan antioksidan dan antiinflamasinya, dapat mengurangi kerosakan sel dan peradangan. Mengambil curcumin secara teratur mencegah beberapa perubahan protein terkait usia membabitkan neurodegenerasi.
Kunyit ramuan herba penting dalam masakan. - Kredit foto: Rojak Daily
Cara Membuat Air Kunyit.
Air/teh teh kunyit boleh dibuat dengan parutan kunyit. Boleh dibuat sendiri di rumah, dengan cara:
- Rebus 4 gelas air;
- Tambahkan 1 hingga 2 sudu teh kunyit serbuk/parut
- Biarkan campuran mendidih lebih 10 minit;
- Tapis teh ke dalam gelas, biarkan 5 minit sebelum diminum. Boleh tambah madu untuk kesan anti-mikroba; atau tambah susu murni, krim, susu almond, santan atau minyak kelapa untuk membantu penyerapan. Curcumin perlukan lemak sihat untuk larut dengan baik, atau tambah lada hitam bagi meningkat penyerapan curcumin. Boleh juga tambah rempah selain lemon, limau nipis, atau halia untuk sifat antioksidan dan antimikroba.
- Pun begitu, pastikan rujuk dokter jika ingin amalkan minum air kunyit berterusan. Lebih selamat apabila pengambilan mengikut tahap kesihatan tubuh dan penyakit seseorang. - KitaReporters
Sumber:
Aida: https://www.facebook.com/groups/940736506384223/user/100004706294008