Alam & Sains 25 Aug, 2020

Hati-hati guna shower heater! Tip guna tular ekoran kematian

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PADA Ahad 23 Ogos 2020 lalu, masyarakat dikejutkan dengan kejadian tragis apabila dua beradik maut terkena renjatan elektrik berpunca daripada alat pemanas air mandian (shower heater) yang digunakan. Mangsa yang juga seorang gitaris profesional, Wan Radzie Wan Othman yang lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen bersama kakaknya, Wan Zurina. : KitaReporters


Eddy maut bersama kakaknya akibat renjatan elektrik berpunca daripada pemanas air mandian.


Lagi cerita-cerita berkaitan kemalangan:

https://kitareporters.com/search?search=kemalangan


Menurut laporan media, mereka ditemukan terbaring dalam bilik air di sebuah rumah dekat Batu 11, Jalan Lama Gombak, Selangor. 

Sebenarnya ini bukanlah kejadian pertama kerana sebelum ini pernah terjadi kes membabitkan renjatan elektrik daripada alat pemanas air mandian. Kes-kes seperti ini menunjukkan alatan ini berbahaya sekiranya tidak digunakan secara betul atau menggunakan produk yang tidak mendapat kelulusan Sirim atau yang tidak berkualiti.

Perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ejan Infection mengenai cara atau tip menggunakan alatan ini dengan betul dan selamat, mendapat perhatian netizen susulan kejadian yang menimpa gitaris tersebut.


Gambar hiasan... Pemanas air mandian. - Sumber gambar: Google Image


Menurut Ejan, dia juga menggunakan alatan berkenaan di rumah. Namun, hanya menggunakannya sekiranya cuaca sejuk akibat hujan pada waktu pagi.

Ini bermakna dia hanya menggunakan alatan tersebut sekiranya diperlukan sahaja. Menyedari alatan itu agak berbahaya, justeru dia tidak lokek berkongsi tip atau cara betul menggunakannya.

“Bahayanya mandi guna shower heater, boleh tarik nyawa adik-beradik sekelip mata.

“Saya hanya menggunakan alatan tersebut sekiranya pada waktu pagi hujan lebat kerana sejuk. Namun, kalau hari biasa, saya akan tutup suis dan mandi macam biasa sebab saya seorang electrical. Jadi, saya tahu betapa bahayanya barang itu.

“Jadi, korang kalau ada guna alatan itu, pastikan cuba dulu butang tu. Buka air dulu lepas tu tekan butang. Kemudian tengok kalau trip atau dia tutup tu kira okay selamat untuk digunakan.

“Jika ada litar pintas dia akan tutup sendiri atau pun apabila ada tanda-tanda awal renjatan elektrik, terus tekan butang tu cepat-capat. Itu adalah butang kecemasan.

“Satu lagi, yang saya punya ini ada jaminan seumur hidup. Kalau rosak mereka boleh ganti yang baru bukan baiki.. Harga RM300 lebih,” tulisnya.


Sementara itu juga, Ejan sempat memberi nasihat kepada orang ramai agar membeli barangan atau produk elektrik yang diluluskan oleh SIRIM sahaja.

“Jangan sesekali beli barang yang tiada kelulusan SIRIM terutama membeli dari perniagaan dalam talian yang tiada jaminan daripada pihak SIRIM,” ujarnya.

Perkongsian Ejan ini mendapat perhatian netizen yang turut bimbang menggunakan alatan tersebut apatah lagi sekiranya ia tidak mendapat kelulusan SIRIM.

Sehingga kini, hantaran Ejan itu mendapat lebih 2,700 perkongsian. Ini menunjukkan ramai yang mula mengambil berat pasal keselamatan melibatkan pemanas air mandian. - KitaReporters

2
0
1
0
0
You will be interested