Alam & Sains 09 Oct, 2020

COVID-19: Sebuah lagi sekolah ditutup! Jumlah ditutup empat!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

SEBUAH lagi sekolah ditutup menjadikan empat buah sekolah diarah tutup di negeri Terengganu setakat hari ini, 9 Oktober 2020 untuk mencegah penularan pandemik COVID-19 daripada merebak di negeri itu. Sekolah terbaru yang ditutup ialah Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Ismail (SMASI), Dungun. : KitaReporters

SEKOLAH Menengah Agama Sultan Ismail (SMASI), Dungun, Terengganu


Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/search?search=covid-19


SMASI Dungun tidak lagi beroperasi bermula semalam, Khamis 8 Oktober hingga 15 Oktober 2020 selepas seorang pelajar sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.

Pengarah  Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Salim Ab Ghani berkata sebelum ini, tiga buah sekolah di Daerah Kuala Nerus dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) di Kuala Nerus ditutup buat sementara waktu.

SALIM AB GHANI


Beliau memberitahu, penutupan SMASI itu selama lapan hari untuk mencegah penularan penyakit COVID-19 selain melakukan kerja-kerja membasmi kuman virus (disinfeksi) itu. 

Selain sekolah berkenaan, pada Selasa 6 Oktober 2020 lepas, Wisma Darul Iman (bangunan pentadbiran kerajaan negeri) ditutup selama tiga hari, manakala pula Mahkamah Syariah Kuala Terengganu dan Mahkamah Syariah Hulu Terengganu turut mengambil langkah sedemikian. 

Salim turut menasihatkan orang ramai sentiasa menjaga kebersihan serta keselamatan diri mereka dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan setiap masa akibat COVID-19.


Sementara itu, mengikut laporan CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, semalam Khamis, 8 Oktober 2020 dilaporkan sehingga kini jumlah orang ramai di negeri itu yang terlibat dengan COVID-19 ialah 149 kes dan daripada jumlah itu, 117 kes telah sembuh, 31 orang sedang dirawat di hospital dan satu kes kematian. 

Kes terbaharu pula ialah sebanyak lima kes termasuk dua kes di Mukim Batu Rakit (Kuala Nerus), satu kes di Mukim Gelugor Kedai (Kuala Terengganu) dan dua kes lagi di Mukim Kuala Abang (Dungun). - KitaReporters

0
1
0
0
0
You will be interested