Alam & Sains 29 Dec, 2025

Jangan buang sampah merata! Mulai 1 Januari 2026 kena denda, pakai jaket hijau, khidmat masyarakat!

Share this

Semua rakyat negara ini diingatkan supaya tidak leka, tidak alpa dan lalai mulai 1 Januari 2026.

Jika tertangkap membuang sampah merata-rata hukumannya sudah pasti perlu menjalankan khidmat masyarakat selama 12 jam untuk tempoh yang agak lama iaitu 6 bulan.




Buang sampah merata-rata jika tertangkap mulai 1 Januari 2026 buruk padahnya.

Selain itu sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan turut dikenakan denda sehingga RM2,000.

Malah kesalahan membuang puntung rokok, tisu, plastik, tin minuman atau pembungkus makanan di tempat awam, membuang sampah kecil dari kenderaan di jalan awam dan meninggalkan sampah di tempat awam juga akan turut dikenakan tindakan.


Awas! Kadang-kadang kita leka dan alpa tetapi ada yang mengambil foto kesalahan membuang sampah di tempat awam.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah pun mengeluarkan peringatan terakhir ekoran perintah khidmat masyarakat mulai 1 Januari 2026.

Lebih menarik lagi undang-undang ini juga melibatkan warga asing yang membuang sampah di tempat awam.

Perintah khidmat masyarakat kali ini melibatkan aktiviti seperti mengutip sampah, mencuci longkang dan tandas awam serta aktiviti pembersihan yang lain.

Masyarakat adalah digalakkan menyalurkan aduan melalui talian Indahkan Malaysia +6013-2107472. - KitaReporters


Amalkan sikap membuang sampah dengan cara lebih teratur, apalagi jika ia boleh dijadikan teladan untuk kanak-kanak.
14
15
0
14
0
You will be interested