Alam & Sains 08 May, 2021

Berita Terkini| Roket China terhempas ke bumi! Kebarangkalian timpa manusia, bangunan kecil!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Pelancaran roket Long March 5B di Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang, China pada 29 April 2021. - Kredit foto: AFP


ORANG ramai tidak perlu bimbang berhubung sebuah roket milik China, Long March 5B yang dijangka terhempas ke bumi kerana kebarangkalian menimpa manusia atau rosakkan struktur bangunan adalah sangat rendah.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerusi satu kenyataan pada 8 Mei 2021 memaklumkan, jangkaan itu berdasarkan 70 peratus daripada permukaan bumi adalah air selain keluasan Malaysia kecil berbanding keluasan muka bumi.

“Lokasi sebenar Long March 5B dijangka terhempas ke bumi atau 're-entry' (kemasukan semula) tidak dapat diramal dengan tepat. Ramalan terkini adalah pada 7 Mei (2021) jam 9.34 pagi hingga 3.34 petang waktu Malaysia.

“Sisa roket makin mengorbit dan semakin menurun menghampiri zon ‘re-entry’. Pihak MYSA akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

“Setiap pelancaran roket biasanya akan meninggalkan serpihan bergantung kepada saiz roket  dilancarkan. Memandangkan saiz Long March 5B agak besar serpihan yang berkemungkinan terhempas ke bumi juga besar,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, bagaimanapun sebahagian besar serpihan itu akan musnah terbakar di atmosfera dan berkecai menjadi serpihan kecil dan hanya serpihan yang tidak terbakar sepenuhnya akan jatuh ke bumi.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak menyentuh atau mengambil sebarang objek mencurigakan atau menyedut wap dikeluarkan daripada serpihan disyaki daripada kejadian roket terhempas itu.

MYSA juga menasihati orang ramai menghubungi talian kecemasan 999 atau MYSA melalui talian 03-26972570 dan membuat laporan sewajarnya jika menyaksikan kejadian itu dan merakamkannya bagi membantu siasatan selain tidak sebarkan sebarang maklumat palsu. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

0
0
0
0
0
You will be interested